27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Jangkamasa pemprosesan oleh pekerja dan

peralatan adalah penting bagi perkhidmatan

yang diberikan di pelabuhan. Amalan terbaik

dalam mengurangkan masa pemprosesan

dikalangan negara-negara ASEAN terpilih

adalah Thailand di mana masa pemprosesan

adalah di antara lima minit hingga enam hari,

diikuti oleh Vietnam selama lapan jam, Filipina

di antara satu hingga 24 jam dan Malaysia

adalah di sekitar 17 hingga 36 jam.

• Penggunaan sistem penjejakan yang berkesan

untuk memantau status dan lokasi kargo

adalah perlu dan kebanyakan pelabuhan

menggunakan sistem berasaskan komputer

terutamanya pelabuhan yang mengendalikan

kontena dan kargo khusus seperti bahan pukal

kering dan cecair dalam jumlah yang banyak.

Di antara perisian/program komputer yang

menjadi pilihan adalah ‘Export/Import Terminal

Management System’ (ETMS), ‘Computer

Integrated Terminal Operating System’ (CITOS)

dan ‘NAVIS-SPARCS Yard Planning Programme’.

• Konsep Terminal Pengangkutan Bersepadu

di Bandar Tasik Selatan (ITT-BTS) harus

diperluaskan ke semua terminal bas di seluruh

negara. Penggunaan sistem e-tiket akan

membolehkan penumpang memilih pelbagai

perkhidmatan bas dengan menekan satu

butang. Hal ini akan membolehkan transaksi

perniagaan dijalankan dalam masa kurang dari

satu minit. Sistem berlepas ini adalah selari

dengan sistem yang digunapakai oleh lapangan

terbang antarabangsa.

Strategi dan Unjuran

• Potensi perkhidmatan logistik dapat

dipertingkatkan melalui pelaksanaan

pengurusan gudang yang berkesan, tepat

pada masa dan penghantaran pusat-ke-pusat,

integrasi pelbagai kaedah pengangkutan dan

perkhidmatan untuk menyediakan rangkaian

tanpa had dengan teknologi terkini.

• Masa depan perkhidmatan logistik memerlukan

pelaburan dalam teknologi terkini dan

peralatan seperti pengesanan melalui satelit

untuk memudahkan pergerakan barangan

dan perkhidmatan di dalam perdagangan

antarabangsa. Ini termasuk penggunaan

penjejakan automatik ‘Global Positioning

System’ (GPS) untuk kiriman dan penghantaran,

penggunaan yang lebih baik ke atas

perkhidmatan guna sama serta pelaksanaan

dan penyampaian perkhidmatan penghantaran

setiap masa.

• Hub-hub logistik di semua koridor ekonomi

utama seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara

(NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),

Iskandar Malaysia (IM), Koridor Pembangunan

Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui

Sarawak (SKOR) perlu diperkemaskan

selari dengan peningkatan populasi dan

perkembangan kegiatan ekonomi di wilayahwilayah

ini.

PERKHIDMATAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Tinjauan

• Perkhidmatan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) terdiri daripada

perkhidmatan komputer dan telekomunikasi

di mana perkhidmatan komputer termasuk

perundingan perkakasan, perundingan perisian

& bekalan, perkhidmatan pemprosesan data,

aktiviti pengkalan data, penyelenggaraan dan

pembaikan dan perkhidmatan lain berkaitan

komputer. Perkhidmatan telekomunikasi pula

terdiri daripada penyiaran telefon, telefon,

internet dan perkhidmatan alat kelui.

• Selain daripada perkakasan, perkhidmatan

ICT juga mengandungi unsur perkhidmatan

perkongsian bersama dan khidmat luaran,

pembekalan e-perkhidmatan seperti e-dagang,

e-Kerajaan dan e-pembelajaran, perundingan

perisian dan perkakasan, perkhidmatan

62 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!