27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kotak 3.1: Produktiviti Industri Hotel Mengikut Wilayah

Hotel merupakan perkhidmatan hospitaliti yang utama di dalam industri pelancongan. Pada

2009, terdapat 2,373 pertubuhan yang beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan penginapan

dengan jumlah bilik untuk menginap sebanyak 168,844 buah. Pahang mencatatkan jumlah

bilangan hotel yang tertinggi iaitu sebanyak 285 pertubuhan, Sarawak dengan 276 pertubuhan,

Johor dengan 266 pertubuhan, Sabah dengan 235 pertubuhan, Kuala Lumpur dengan 234

pertubuhan dan lain-lain negeri dengan jumlah yang kurang daripada 200 pertubuhan. Walau

bagaimanapun, 90% daripada pertubuhan hotel merupakan IKS yang merangkumi bajet hotel,

calet, rumah rehat/tetamu/asrama dan B&B.

Nilai dan Kadar Pertumbuhan Produktiviti Mengikut Wilayah

Wilayah 2007 2008

2009

Pertumbuhan

Tahunan (%)

2008

2009

Wilayah Utara 37,653 37,704 37,772 0.14 0.18

Wilayah Tengah 28,127 29,024 29,195 3.19 0.59

Wilayah Timur 16,413 16,425 16,478 0.08 0.32

Wilayah Selatan 18,920 18,978 19,050 0.31 0.38

Pada keseluruhan, hotel industri mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang kecil pada tahun

2009. Wilayah tengah mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang paling tinggi iaitu 0.6%

diikuti dengan wilayah selatan dengan 0.4% (rujuk jadual di atas). Kuala Lumpur mencatatkan

jumlah pelanggan hotel (15.7 juta) yang tertinggi pada tahun 2009. Sebaliknya, wilayah utara

mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang paling rendah iaitu 0.2% pada 2009 dengan Perlis

mencatatkan penurunan yang besar dalam kadar penginapan daripada 62% pada 2008 kepada

45.9% pada 2009.

Daya Saing Buruh Industri Hotel Mengikut Wilayah

Daya saing kos buruh mengukur kecekapan dan keberkesanan di dalam mengurus kos buruh

dan menghasilkan nilai tambah yang lebih tinggi. Daya saing kos buruh yang menguntungkan

terjadi apabila pertumbuhan produktiviti adalah lebih cepat berbanding peningkatan di dalam

kos buruh setiap pekerja yang disokong dengan pengurangan di dalam kos seunit buruh.

76 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!