27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 4.3: Pengurusan dan Amalan-amalan ISO 9000

ISO 9000 merupakan pengiktirafan kualiti antarabangsa yang menyatakan keperluan minima

yang perlu dipatuhi oleh organisasi dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS).Pembangunan

piawaian bagi siri ISO 9000 adalah dibawah pengawasan Jawatankuasa Teknikal (TC 176) yang

berpejabat di Geneva, Switzerland. Objektif siri ISO adalah bagi membantu organisasi supaya

lebih cekap dan berkesan dalam penyampaian produk dan perkhidmatannya. Di Malaysia kini

terdapat lebih daripada 7838 syarikat yang telah mendapat pengiktirafan dalam persijilan ini.

Sijil-sijil berkaitan telah di keluarkan oleh lebih daripada 23 badan persijilan seluruh dunia.

ISO 9000 menggariskan keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti organisasi bagi

mempamerkan keupayaan mereka untuk membekalkan produk yang konsisten bagi

memenuhi kepuasan pelanggan sejajar dengan keperluan peraturan. Bagi memastikan

penerimaan organisasi di pasaran, siri-siri ISO 9000 akan disemak setiap lima tahun. Versi terkini

yang terdapat dipasaran adalah ISO 9001:2008. Versi ini telah dilancarkan oleh Jawatankuasa

ISO pada November, 2008. Sedikit perubahan telah di buat bagi memberi penekanan untuk

memberikan tumpuan kepada ketaksamaan yang terdapat dalam versi-versi terdahulu bagi

mengekalkan faktor sejagat yang terdapat dalam keperluan-keperluan sistem tersebut.

ISO 9000 ini memberikan tumpuan pada pendekatan proses berasaskan pada ”aktiviti-aktiviti

yang saling berkaitan dalam menukar input kepada output”. Output yang dihasilkan daripada

satu proses kepada yang lain adalah merupakan input kepada proses berikutnya. Fokus

utama adalah untuk menambah nilai melalui perancangan serta kawalan proses sepanjang

rantaian penawaran secara berkesan dan cekap bagi memastikan harapan pelanggan tercapai.

Pembangunan piawaian ini dibantu melalui garis panduan lapan Prinsip-prinsip Pengurusan

Kualiti. Pengesahan berkecuali bagi memberi pengiktirafkan kepada sesebuah organisasi

yang telah mematuhi keperluan-keperluan ISO 9000 boleh diperolehi daripada badan-badan

persijilan yang bertindak sebagai pihak ketiga. Kini terdapat lebih daripda sejuta organisasiorganisasi

di seluruh dunia telah mendapat pengiktirafan dan menggunakan ISO 9000 sebagai

satu alat pengurusan.

Penerimaan ISO 9000 di peringkat global disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu daripada

faktor adalah dimana sebilangan besar pembeli-pembeli memerlukan para pembekal mereka

untuk mempunyai persijilan ISO 9000. Selain daripada berbagai faedah yang diperolehi oleh

para pemegang-pemegang saham, organisasi-organisasi yang telah mendapt persijilan juga

dapat mengaut keuntungan dari segi kewangan. Organisasi-organisasi ini juga mendapat

pulangan pelaburan aset yang besar berbanding dengan lain-lain organisasi yang tidak

mempunyai persijilan.

104 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!