27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

meningkat sebanyak 1.3% dan disokong oleh

pengurangan di dalam kos seunit buruh pada

0.9% (Rajah 3.16).

• Pertumbuhan produktiviti yang tinggi kerana

Malaysia telah memperolehi perakuan dunia

sebagai destinasi tumpuan untuk pendidikan

tinggi melalui pembatalan kawal selia sektor

perkhidmatan pendidikan. Peningkatan

produktiviti disumbangkan oleh keberkesanan

promosi oleh Kerajaan menjadikan Malaysia

sebagai pusat untuk semua peringkat

pendidikan. Ini termasuk menjadikan Malaysia

sebagai hub mobiliti pendidikan tinggi untuk

pelajar antarabangsa, membangunkan strategi

pemasaran yang berkesan, mendirikan Pusat

Pendidikan Tinggi Malaysia di bandar-bandar

terpilih secara meluas dan mengadakan

kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi

awam dan swasta di peringkat antarabangsa.

Amalan Terbaik

• Pelajar dan ibubapa berpendapatan sederhana

lebih mengetahui maklumat yang berkait

dengan perkhidmatan pendidikan swasta

dan mereka sanggup untuk membayar kos

pendidikan yang berkualiti. Keputusan ini

dibuat berdasarkan penilaian mereka terhadap

program yang ditawarkan, reputasi institusi dan

kualiti tenaga pengajar. Ini dapat dilihat dengan

penubuhan kampus cawangan universiti

antarabangsa yang berprofil tinggi dari Australia

dan United Kingdom di Malaysia.

• Dalam usaha meningkatkan capaian dan kos

pendidikan yang berpatutan, adalah penting

bagi Kerajaan dan institusi kewangan untuk

memberi kepercayaan bagi memberikan

bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman,

geran atau biasiswa.

• Untuk menggalakkan lebih banyak universiti

antarabangsa untuk mendirikan kampus

mereka di Malaysia, peraturan berhubung

dasar pendidikan akan dipermudahkan untuk

menjadikannya lebih mesra pelabur.

• Untuk menyokong perkembangan

perkhidmatan pendidikan swasta, lembaga

pendidikan harus fokus kepada input dan

hasil. Di Malaysia, proses pembangunan dan

pembentukan hasil yang berkualiti telah

dijalankan melalui akreditasi oleh Badan

Kelayakan Malaysia (MQA) telah dilaksanakan di

institusi pendidikan awam dan swasta.

Strategi dan Unjuran

• Pertumbuhan dalam perkhidmatan pendidikan

swasta adalah dari segi persaingan, penumpuan

kepada sektor awam, meningkatkan

kecekapan, inovasi, keupayaan tambahan dan

sumbangan ekonomi. Pembekal perkhidmatan

pendidikan swasta harus menyediakan

pilihan perkhidmatan yang pelbagai untuk

memastikan ia lebih berupaya untuk bersaing.

Sama ada pembekal pendidikan swasta dan

awam perlu bersaing di antara satu sama lain

dari segi peningkatan kecekapan. Budaya

autonomi inovasi harus ditanamkan kepada

semua pembekal pendidikan. Di bawah kapasiti

tambahan, pembekal perkhidmatan pendidikan

swasta lebih cenderung dan fleksibel dalam

memberi perkhidmatan yang tidak dapat

diberikan oleh institusi pendidikan awam.

Pendidikan akan dilihat oleh Kerajaan sebagai

pemacu pertumbuhan ekonomi.

• Sistem penilaian boleh diperbaiki dengan

mengambil pekerja yang berkelayakan,

menganalisis data secara teratur untuk

pembuatan keputusan dan melaksanakan

amalan terbaik sebagai ikutan/model.

Selanjutnya, ujian awalan sebelum pelaksanaan

prosedur, pembentukan prosedur aduan,

pembangunan sesebuah pangkalan data

institusi maklumat untuk melayani keperluan

semua pemegang saham dan sistem penilaian

yang teratur harus dilakukan.

72 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!