27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Selain daripada program-program latihan NATC

di atas, jabatan dan agensi pertanian juga

menjalankan pelbagai program latihan teknikal

dan keusahawanan untuk menyediakan

golongan muda dan usahawan menyertai

pembangunan peluang perniagaan di dalam

sektor pertanian.

Amalan Terbaik

• Untuk meningkatkan lagi pertumbuhan

produktiviti sektor pertanian dan meluaskan

capaian pasaran eksport hasil pertanian,

beberapa amalan terbaik telah dimulakan oleh

kerajaan dan telah digunakan oleh komuniti

pertanian. Ini termasuk:-

Amalan Pertanian Baik (APB)

• Dengan meningkatnya permintaan terhadap

produk makanan yang berkualiti tinggi,

sihat, selamat dan segar, pengeluar makanan

pertanian melaksanakan sistem pengeluaran

berasaskan APB supaya ia lebih kompetitif di

dalam pasaran global. Ini termasuk kaedah

pertanian yang mesra persekitaran dan

mampan seperti mengamalkan Pengurusan

Tanaman dan Serangga Bersepadu dengan

penggunaan racun serangga secara terkawal,

penggunaan air pengairan yang berkualiti dan

sensitif terhadap kebajikan pekerja.

• Jabatan Pertanian (JP) telah melaksanakan

Skim Persijilan Ladang Malaysia untuk Amalan

Pertanian Baik atau SALM pada tahun 2002

untuk mengiktiraf ladang-ladang yang

menggunakan APB sebagai persediaan untuk

memperolehi Persijilan GlobalGAP yang diiktiraf

di peringkat antarabangsa. Pengeluar yang

memperolehi pengiktirafan SALM juga layak

untuk menggunakan logo “Malaysia’s Best”

sebagai simbol pematuhan kepada standard

keselamatan. Sehingga Oktober 2010, sejumlah

286 ladang telah dianugerahkan Persijilan

SALM.

Amalan Perladangan Organik

• Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat

peningkatan permintaan pengguna tehadap

produk makanan yang dihasilkan secara organik

tanpa menggunakan baja atau racun kimia

sintetik, hormon dan penggalak tumbesaran.

Produk organik digemari oleh pengguna

yang peka terhadap keselamatan makan dan

penjagaan kesihatan walaupun harganya lebih

tinggi antara 30% hingga 40% berbanding

produk pertanian yang menggunakan

sistem penanaman konvensional. Menyedari

kepentingan tren ini, kedai-kedai runcit,

pasaraya dan pasaraya besar di Malaysia telah

mewujudkan rak-rak khas untuk sayur-sayuran

dan buah-buahan organik.

• Pada tahun 2003, Jabatan Pertanian (JP)

melaksanakan Skim Organik Malaysia (SOM).

Skim ini menguatkuasakan peraturan-peraturan

ketat untuk pengeluaran dan pengurusan

termasuk pembungkusan, penyimpanan,

pengangkutan dan penjualan produk organik

pertanian. Berkuatkuasa dari Januari 2011,

setiap produk pertanian yang dilabel sebagai

organik perlu mendapatkan Persijilan SOM

yang dikeluarkan oleh JP. Pada akhir November

tahun 2010, sejumlah 42 ladang dengan

jumlah keluasan tanah 2,000 hektar telah

dianugerahkan Persijilan SOM.

Ladang Kontrak

• Ladang Kontrak adalah sistem untuk

mengurus peladang berskala kecil kepada unit

pengeluaran komersil yang efektif dengan

pertalian ke dalam pasaran. Pertubuhan

112 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!