27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PRESTASI PRODUKTIVITI SEKTOR PEMBUATAN

Tinjauan

• Sektor pembuatan telah mencatatkan

pertumbuhan sebanyak 11.4% dengan

menyumbang sebanyak 27.7% kepada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010, selepas

sektor perkhidmatan. Sektor ini juga telah

mencatatkan peningkatan dalam pertumbuhan

indeks pembuatan sebanyak 11.1% iaitu

daripada 101.0 pada 2009 kepada 112.2 pada

2010, sebanyak 11.1%. Kepentingan peranan

sektor pembuatan ini dapat dibuktikan dimana

tiga daripada dua belas Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKEA) yang telah diumumkan

dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)

adalah dibawah sektor ini. Tiga NKEA yang

terpilih adalah elektikal & elektronik (E&E),

produk petroleum dan produk berasaskan

minyak sawit. Sektor-sektor ini telah dipilih

kerana ianya berpotensi untuk menyumbang

kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) negara

bagi membantu Malaysia mencapai status

negara berpendapatan tinggi.

• Sub-sektor E&E merupakan pemangkin

pertumbuhan yang penting kepada ekonomi

negara. Ianya merupakan penyumbang terbesar

output sektor pembuatan iaitu sebanyak

26.1%. Ianya juga merupakan majikan terbesar

mewakili lebih 40% jumlah keseluruhan tenaga

kerja sektor pembuatan. Dalam tahun 2009, E&E

telah menyumbang sebanyak 41% daripada

jumlah keseluruhan eksport negara yang

berjumlah RM37 bilion. Pelbagai strategi telah

dirancang di bawah ETP bagi merancakkan

pertumbuhannya bagi menghadapi persaingan

daripada negara-negara seperti China, Taiwan,

Singapura dan lain-lain negara Asia.

• Produk petroleum bertapis di bawah industri

Minyak & Gas juga telah dikenalpasti sebagai

penyumbang penting kepada pertumbuhan

ekonomi negara. Dalam tahun 2009, industri

ini telah menyumbang sebanyak RM68.3 bilion

atau 13.1% daripada KDNK melalui aktivitiaktiviti

huluan termasuk petroleum dan gas

berjumlah RM39.5 bilion atau 7.6% daripada

KDNK. Sumbangan daripada sektor ini dijangka

akan lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan

permintaan tenaga dan pertumbuhan ekonomi

yang berterusan diperingkat global. Malaysia

mempunyai kelebihan tersendiri untuk

memberikan tumpuan kepada sub-sektor

minyak dan gas kerana mempunyai risab

simpanan sumber negara.

• Industri minyak sawit telah dipilih kerana

Malaysia adalah pengeluar utama minyak

sawit dan produk oleo-kimia asas di mana

ianya adalah penyumbang keempat terbesar

kepada pendapatan negara. Industri ini telah

menyumbang sebanyak RM17 bilion atau

3.3% kepada KDNK dan merupakan RM49.6

bilion nilai eksport dalam tahun 2009. Di

bawah ETP, strategi-strategi khusus telah

dibentuk bagi mempertingkatkan industri

terutamanya di industri-industri hiliran yang

dapat menghasilkan aktiviti-aktiviti dengan

nilai tambah yang tinggi. Industri minyak sawit

kekal sebagai penyumbang kepada ekonomi

bagi tempoh 10 tahun akan datang disebabkan

aliran peningkatan permintaan global yang

terus meningkat berbanding dengan produkproduk

gantian.

• Jumlah dagangan bagi produk-produk utama

dalam tahun 2010 adalah berjumlah RM1,168.6

bilion. Ini merupakan pertambahan sebanyak

18.5% berbanding dengan tahun lepas. Eksport

untuk produk-produk pembuatan meningkat

sebanyak 13%, kepada RM486.7 bilion. Produkproduk

utama yang dieksport merangkumi

produk-produk E&E, minyak sawit, gas asli cecair

(LNG), petroleum mentah, produk petroleum

80 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!