27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 2.2 : Ke Arah Pembangunan yang di Dorong oleh Inovasi

Merujuk laporan yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) iaitu Global

Competitiveness Report (GCR) 2010-2011 yang meletakkan Malaysia di tahap pembangunan

yang didorong oleh kecekapan di mana ianya juga menjurus ke arah tahap inovasi. Bagi tahap

pembangunan yang di dorong oleh inovasi, tumpuan akan lebih terarah kepada kreativiti dan

inovasi yang berupaya mengangkat kedudukan negara menjadi ekonomi berpendapatan

tinggi. Inovasi merupakan kunci utama kepada daya saing negara manakala keupayaan sebagai

peneraju teknologi merupakan perkara utama dalam strategi yang didorong oleh inovasi.

Malaysia berada di landasan yang betul dalam menuju tahap pembangunan yang di dorong

oleh inovasi di mana negara telah pun mengambil beberapa langkah penting dalam usaha

membasmi kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini digambarkan dalam

Laporan Daya saing Global (GCR) 2010-2011 di mana Malaysia telah menunjukkan prestasi

yang memberangsangkan dalam kecanggihan perniagaan dan inovasi di mana ianya memberi

petanda baik terhadap masa depan negara. Ini termasuklah kriteria seperti pembangunan

berkelompok, kawalan pengedaran antarabangsa, kesediaan mengagihkan kuasa, penciptaan

rantaian nilai, perolehan Kerajaan bagi produk-produk berteknologi tinggi serta perbelanjaan

terhadap penyelidikan dan pembangunan (P&P).

Antara ciri-ciri ekonomi yang di dorong oleh inovasi adalah seperti berikut:

i. Keupayaan inovasi yang cemerlang;

ii. Syarikat-syarikat yang inovatif dan canggih;

iii. Kecanggihan perniagaan dan inovasi;

iv. Tahap penerimaan teknologi dan inovasi yang tinggi;

v. Kerjasama yang kukuh antara akademia dan sektor-sektor perniagaan;

vi. Memberi keutamaan kepada pendidikan; dan

vii. Tenaga kerja berkemahiran tinggi yang sedia

menerimapakai teknologi-teknologi terkini.

Indeks Inovasi Global 2000-2010 yang diterbitkan oleh Institut Pertadbiran dan Pembangunan

Eropah (INSEAD) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-28 di kalangan 132 ekonomi dengan

skor sebanyak 3.77. Iceland merupakan peneraju utama dunia di dalam inovasi walaupun

menghadapi keadaan ekonomi yang agak sukar sepanjang dua tahun lepas. Sweden dan Hong

Kong masing-masing pula berada di kedudukan kedua dan ketiga. Manakala Switzerland berada

di kedudukan keempat, Denmark (kelima), Finland (keenam), Singapura (ketujuh), Belanda

(kelapan), New Zealand (kesembilan) dan Norway (kesepuluh). Malaysia boleh menjadikan

pencapaian negara-negara tersebut sebagai tanda aras bagi amalan-amalan terbaik berkaitan

inovasi.

50 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!