27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 6

• Penggunaan ICT dan integrasi ke dalam

proses pembinaan secara keseluruhan

untuk menggunakan sistem BIM;

• Pada masa ini, di universiti dan politeknik

terdapat kekurangan jumlah profesional dan

pekerja teknikal yang dilatih untuk pelbagai

disiplin seperti seni bina, kejuruteraan,

pengukuran bahan dan pengurusan

projek untuk memenuhi permintaan untuk

profesional-profesional pembinaan ini. Oleh

itu, terdapat keperluan untuk menambah

bilangan kemasukan pelajar-pelajar di

dalam bidang-bidang ini. Kerjasama harus

dilakukan antara institusi pengajian tinggi

dan persatuan profesional atau industri

untuk bersama-sama membangunkan

kurikulum yang relevan selaras dengan

keperluan industri;

• P&P untuk membangunkan bahan-bahan

dengan kos yang lebih rendah, kualiti

yang lebih tinggi dan lebih mudah untuk

digunakan seperti plat lantai pra-stres dan

pra-fabrikasi; dan

• Keprihatinan terhadap pembinaan

yang mesra alam telah memaksa sektor

pembinaan untuk mencari kaedah baru

pembinaan yang lebih mesra alam dan

ini merujuk kepada penggunaan GBI.

Penggunaan GBI akan menghasilkan

penggunaan tenaga yang lebih rendah,

kualiti persekitaran yang lebih baik, kurang

sisa buangan bahan-bahan dan penjimatan

air (penggunaan air hujan untuk lanskap,

peralatan jimat air, kitar semula air uji).

Kesimpulan

• KDNK sektor pembinaan dan pertumbuhan

produktiviti secara umum mengalami

penurunan sejak krisis ekonomi dunia pada

tahun 2008. Kadar pertumbuhan dua subsektor

terbesar iaitu, bukan kediaman dan

kejuruteraan awam telah kembali stabil selama

tiga tahun kebelakangan ini yang menyebabkan

pertumbuhan produktiviti yang lebih rendah.

Pada tahun 2010, terdapat peningkatan

tren permintaan untuk hartanah kediaman

didorong oleh peningkatan permintaan dari

industri perumahan.

• Dengan pelancaran ETP dan GTP pada tahun

2010, hala tuju untuk sektor pembinaan

untuk dekad seterusnya adalah lebih jelas

dengan banyak peluang-peluang untuk

pertumbuhan. Sektor pembinaan diunjurkan

dapat menyumbang 30% hingga 50% kepada

jumlah kerja untuk dekad seterusnya. Sembilan

EPP dan 18 Kelompok Ekonomi diunjurkan

dapat menyuntik RM200 bilion nilai kontrak

pembinaan untuk 10 tahun akan datang.

Dengan peningkatan yang kukuh dari segi

jumlah kerja-kerja pembinaan yang berkualiti

tinggi, ia adalah peluang yang besar untuk

sektor pembinaan menggunakan teknologi dan

kaedah baru yang akan memberikan lonjakan

produktiviti. Ini disokong oleh jumlah kerjakerja

pembinaan yang lebih besar dan berkualiti

tinggi serta menggunakan kurang tenaga kerja

dan sumber.

• Kesempatan ini harus diambil oleh MCI untuk

peningkatan produktiviti dan imej di mana

akhirnya akan meningkatkan keuntungan.

Tenaga kerja harus bergerak bersama

pihak pengurusan untuk membangunkan

tahap kemahiran yang sesuai supaya sektor

pembinaan boleh bergerak seiring dengan

sektor ekonomi yang lain. Ini adalah umpama 10

tahun peluang bagi kedua-dua pertumbuhan

dan penambahbaikan produktiviti. Industri

perlu meningkatkan daya saing yang mampu

dicapai melalui amalan terbaik industri, teknik

pembinaan termaju dan mengoptimumkan

sumber.

Laporan Produktiviti 2010/2011

131

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!