27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Amalan TQM yang dilaksanakan di salah sebuah

syarikat pengeluar alat ganti dan aksesori

untuk kenderaan bermotor telah menunjukkan

hasil dipelbagai bidang seperti pengurangan

ketidakpuasan pelanggan, pengurangan

inventori bahan mentah, peningkatan

produktiviti dan peningkatan tahap kepuasan

pekerja (Rajah 4.22)

Amalan Pengurusan Kualiti

• Pengamalan pengurusan kualiti di sebuah

syarikat pengeluar produk kesihatan yang

merupakan pemenang Anugerah Pengurusan

Kualiti Cemerlang (QMEA) menunjukkan ciriciri

cemerlang dalam kualiti kepimpinan,

strategi perancangan, prasarana maklumat,

penerimaan pelanggan, pengurusan sumber

manusia, keanjalan proses merangkumi

pengenalan dan penggunaan sistem

robotik yang telah di rekacipta sendiri oleh

pekerja. Penggunaan teknologi ini berjaya

mengurangkan penggunaan sumber manusia

di salah satu proses pengeluaran dan seterusnya

menyumbangkan kepada 40% pengurangan

masa kitar dan ketidakpuasan pelanggan yang

di akibatkan oleh kecacatan produk. Tambahan

lagi, teknologi ini juga dapat mengurangkan

kecacatan yang disebabkan oleh calar dan

lekuk di mana hasilnya ia dapat mengurangkan

ketidakpuasan pelanggan. Antara inovasi lain

yang telah dilaksanakan adalah pemasangan

sistem konveyor daripada kawasan

pengeluaran ke bilik bersih di mana ianya dapat

menggurangkan pencemaran bakteria, habuk

dan serangga.

Strategi dan Unjuran

• Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) bagi 2011 adalah di jangka terus

meningkat hasil daripada peningkatan

produktiviti terutamanya sektor pembuatan

serta nilai matawang yang kukuh. Sektor

pembuatan akan terus kekal sebagai

penyumbang kedua terbesar kepada KDNK

bagi tahun 2011 berdasarkan pertumbuhan

produktiviti yang tinggi dan juga penekanan

Kerajaan terhadap sektor pembuatan dan

perkhidmatan. Pertumbuhan yang berterusan

dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan

seperti pelancongan, hospitaliti dan juga sektor

kesihatan akan meransang pertumbuhan

output sektor pembuatan.

• Sumbangan TFP ke atas pertumbuhan

KDNK dijangka meningkat berdasarkan

penambahbaikan kualiti sumber manusia.

Penekanan kerajaan terhadap pendidikan

dan latihan dapat dilihat melalui peruntukan

kewangan yang disediakan bagi meningkatkan

kemahiran pekerja. Pekerja berkualiti

berserta inovasi, dapat menguasai teknologi

maklumat (ICT) dan kemahiran pemasaran

akan menyumbang kepada pertumbuhan TFP.

Penambahan ketara dalam jumlah pekerja

berkemahiran juga akan menyumbang kepada

produktiviti pekerja.

• Dalam tahun 2010, E&E terus kekal sebagai

industri utama sektor pembuatan walaupun

pertumbuhan produktivitinya adalah rendah

berbanding industri lain. Sumbangannya yang

besar kepada eksport dan import merupakan

penyebab utama industri ini harus diberi

penekanan supaya kekal sebagai industri

utama.

• Bagi tahun 2011 industri petroleum

merupakan antara industri di bawah NKEA

yang diberi penekanan disebabkan oleh

penambahan permintaan bagi tenaga

dan juga perkembangan mendadak bagi

industri berkaitan pengangkutan. Dalam

98 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!