27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

menghasilkan output yang lebih dengan

penggunaan sumber yang sama.

• Produktiviti dapat dicapai melalui pelbagai

aktiviti seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh

(TQM), Kumpulan Kreatif dan Inovatif (ICC)

dan pelbagai aktiviti penambahbaikan

produktiviti. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini

berupaya memberikan hasil dan meningkatkan

produktiviti di mana matlamat syarikat yang

terbaik adalah menggalakkan pertumbuhan di

tujuh bidang perniagaan iaitu penambahbaikan

kualiti, penggurangan kos, pengurangan masa

kitaran, penambahbaikan kecekapan pekerja,

penghasilan produk baru yang berinovatif, dan

pertumbuhan pasaran serta jualan.

Pelaksanaan Sistem Upah yang dikaitkan

dengan Produktiviti (PLWS)

• Setiap organisasi mempunyai aspirasi untuk

mencapai produktiviti yang optimum. Ini

dapat dilihat di salah satu organisasi utama di

Malaysia yang mana ia berjaya mengaitkan

PLWS dalam usaha meningkatkan produktiviti.

Ia merupakan contoh terbaik dalam usaha

menggalakan produktiviti melalui sumber yang

paling berharga iaitu pekerja. PLWS mengaitkan

produktiviti dengan usaha pekerja melalui

sistem upah.

• Antara kelebihan yang diperolehi oleh syarikat

dalam melaksanakan sistem tersebut adalah

memastikan pekerja menerima upah yang

setimpal dengan pencapaiannya, mengiktiraf

sumbangan pekerja berdasarkan produktiviti,

mewujudkan sinergi dan kerja berpasukan,

menambah peluang penambahbaikan,

menambahbaik komunikasi dan kerjasama

antara majikan dan pekerja dalam mencapai

matlamat organisasi.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC)

• Sebuah syarikat pengeluar utama produk

E&E di Malaysia telah menggunapakai ICC

bagi mengatasi masalah teknikal di bahagian

pengeluaran. Masalah yang di hadapi adalah

di mana kapasiti asal di bahagian pengeluaran

mempunyai empat baris pengeluaran tetapi

permintaan pelanggan hanya memerlukan

syarikat menggunakan 3.5 daripada empat baris

pengeluaran sahaja. Kegagalan menyelesaikan

masalah ini boleh menyebabkan pengeluaran

berlebihan 0.5 kali dan pembaziran sebanyak

RM2.4juta.

• Inovasi yang telah dilaksanakan oleh kumpulan

ICC telah membolehkan baris pengeluaran

untuk lebih fleksibel dalam pengeluaran produk

yang berlainan saiz dan juga mempercepatkan

proses pengeluaran bagi memenuhi permintaan

pelanggan. Hasilnya, ia telah membolehkan

pengeluar menghantar produk dua bulan lebih

awal dari waktu yang telah ditetapkan. Jumlah

kos penjimatan daripada projek ICC tersebut

adalah sebanyak RM4.3juta.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

• Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

merupakan salah satu pendekatan yang

bertujuan untuk menghasilkan impak yang

berkesan ke atas kualiti perkhidmatan dan

produk dalam meningkatan produktiviti dan

dayasaing sesebuah syarikat. Mengekalkan

kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan

yang berterusan hanya boleh di capai dengan

menyelesaikan masalah secara sistematik,

pengamalan piawaian yang berkesan dan

pencapaian yang memberangsangkan

adalah objektif utama program ini. Projek

Syarikat Contoh TQM membolehkan syarikat

mengaplikasikan amalan terbaik TQM dalam

pembangunan sistem kualiti.

96 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!