27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 4

bertapis, kimia dan produk kimia, peralatan

alatganti serta logam asas.

• Produk-produk E&E kekal sebagai barangan

eksport utama Malaysia berjumlah RM271.3

bilion atau 42.4% daripada jumlah keseluruhan

eksport produk utama negara. Sub-sektor E&E

telah mencatat peningkatan eksport sebanyak

9.9% berbanding jumlah eksport negara

dalam tahun 2009. Pasaran utama eksport bagi

produk elektronik adalah negara China (19.7%),

Singapura (16.5%), Amerika Syarikat (12.7%)

dan Hong Kong (11.6%). Manakala bagi produk

elektrikal pula, pasaran utama eksportnya terdiri

daripada Amerika Syarikat (16.3%), Kesatuan

Eropah (12.1%), Jepun (12.0%) dan Singapura

(11.0%). Malaysia telah mengalami penurunan

pasaran diperingat global akibat daripada

persaingan sengit terutamanaya daripada

negara-negara Asia seperti China dan negaranegara

membangun yang lain. Oleh yang

demikian, Malaysia tidak lagi boleh bergantung

kepada segmen pemasangan bahan-bahan

yang bernilai tambah rendah tetapi perlu

beralih kepada aktiviti-aktiviti yang mempunyai

nilai tambah yang tinggi seperti rekacipta serta

penyelidikan dan pembangunan. Strategi perlu

dirangka kearah menarik minat syarikat-syarikat

gergasi global untuk menjalankan operasi di

Malaysia dan mencipta banyak lagi produkproduk

baru menerusi pembangunan teknologi

yang cekap dan berinovasi.

• Industri minyak dan gas merupakan

penyumbang kedua terbesar kepada eksport

Malaysia pada 2010 dengan jumlah RM72.8

bilion atau 11.4% daripada jumlah keseluruhan

eksport. Industri ini telah mencatatkan

pertumbuhan yang besar sebanyak 23.4%

berbanding tahun sebelumnya (2009:RM59.0

bilion). Pasaran utama eksport minyak mentah

Malaysia adalah negara Australia (33.4%),

India (14%), Thailand (13.8%) dan China (8.5%).

Manakala bagi pasaran LNG pula adalah negara

Jepun (60.2%), Korea (21.1%) dan Taiwan

(12.3%). Selain daripada minyak dan gas,

produk petrokimia juga telah menyumbangkan

sebanyak RM29.2 bilion, mewakili 4.6% daripada

jumlah keseluruhan eksport pembuatan.

Industri ini telah mencatatkan pertumbuhan

yang tinggi sebanyak 33.2% berbanding tahun

lalu (2009:RM21.9 bilion).

• Minyak sawit pula merupakan penyumbang

ketiga besar kepada pendapatan eksport dalam

tahun 2010 dengan jumlah RM45.6 bilion, iaitu

7.1% daripada jumlah eksport keseluruhan.

Industri ini telah mencatatkan peningkatan

eksport yang besar dengan pertumbuhan

sebanyak 25.4% berbanding tahun sebelumnya.

Pasaran utama eksport minyak sawit adalah

negara China (21%), Pakistan (12.6%), Timur

Tengah (10.9%) dan Kesatuan Eropah (10.6%).

Sungguhpun indusri ini telah memainkan

peranan penting dalam meningkatkan eksport

Malaysia, namun ianya menghadapi isu-isu

yang berterusan misalnya isu-isu berkaitan

produktiviti yang rendah dikalangan pekebunpekebun

kecil, peningkatan kos pengeluaran

dan kebergantungan kepada pekerja asing

dalam aktiviti-aktiviti huluan, sementara

aktiviti-aktiviti hiliran tertumpu hanya pada

memprosesan barangan separa siap. Dengan

kekangan tanah yang terhad bagi perluasan

perladangan, strategi masa hadapan adalah

untuk meningkatkan produktiviti hiliran

dan memaksimakan sepenuhnya keupayaan

peluang-peluang hiliran yang sedi ada bagi

mengekalkan pertumbuhan industri ini.

• Jumlah import untuk sektor pembuatan

dalam tahun 2010 berjumlah RM529.2 bilion,

meningkat sebanyak 21.7% berbanding 2009.

Import utama terdiri daripada produk E&E, kimia

Laporan Produktiviti 2010/2011

81

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!