27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

• Industri pembiakan rumpai laut di Sabah akan

ditransformasi kepada perniagaan berskala

komersil dan dapat memberi pulangan hasil

yang tinggi dengan mengambil peluang

terhadap kelebihan di dalam P&P dan

infrastruktur hiliran. Kawasan baru seluas

7,500 hektar di Sabah telah dikenalpasti untuk

pembiakan rumpai laut di bawah ZIA dan lebih

20,500 hektar akan dikenalpasti menjelang

tahun 2020. Amalan terbaik untuk pengeluaran

rantaian nilai seperti tuaian mekanikal akan

dibangunkan untuk menambahbaik kecekapan

tuaian dan mengurangkan masa pembiakan di

laut. Dengan perkembangan industri rumpai

laut, tambahan sebanyak 12,700 pekerjaan akan

diwujudkan di Sabah dan dijangkakan akan

menyumbang RM1.4 billion untuk PNK pada

tahun 2020.

• Ternakan akuakultur dalam sangkar

menggunakan teknologi terkini dan syarikat

penaung akan dipromosi ke skala besar. Ia

difokuskan kepada tiga spesis yang mempunyai

nilai tinggi iaitu garupa, siakap dan tilapia.

• Untuk menggunakan kawasan ladang

kelapa sawit sedia ada yang terbentang

luas, penternakan lembu menggunakan

sistem pengembalaan rotasi berstruktur

akan dilaksanakan untuk memastikan

kesinambungan dan keberuntungan. Sasaran

adalah untuk meningkatkan jumlah ternakan

lembu di estet-estet kelapa sawit kepada

300,000 ekor pada tahun 2020.

Menembusi Pasaran Premium

• Dengan kesedaran pengguna terhadap produk

makanan yang sihat dan selamat ditambah

dengan kemunculan masyarakat berpendapatan

sederhana, terdapat peningkatan permintaan

terhadap produk pertanian dengan persijilan

keselamatan makanan dan makanan yang

mudah sedia. Mengambilkira kemunculan

tren ini, pelbagai projek telah dirancang untuk

merebut peluang pasaran premium ini.

• Langkah pertama adalah untuk menggunakan

model ZIA supaya pasaran premium udang

diperolehi dan meletakkan Malaysia sebagai

negara pengeluar makanan laut berkualiti

sekaligus permintaan global terhadap produk

makanan laut dengan persijilan penuh dapat

dipenuhi. Pusat latihan kemahiran yang

mempunyai hubungan dengan universiti

awam akan ditubuhkan untuk membangunkan

kemahiran pekerja dan pengeluaran sijil.

Sistem verifikasi tapak yang boleh dipercayai

dan menepati keperluan antarabangsa akan

dibangunkan di ZIA. Program latihan untuk

meningkatkan pengetahuan berkenaan

piawaian dan untuk meningkatkan jumlah

auditor persijilan akan dijalankan. Syarikatsyarikat

penaung dan Enterprais Kecil dan

Sederhana akan terlibat di dalam pajakan kolamkolam

ikan menerusi konsep ladang kontrak.

Kemudahan P&P akan dibangunkan dengan

tumpuan untuk program pembangunan

ternakan udang dan juga kesihatan, khasiat dan

teknologi berasaskan akuakultur. Pusat eksport

akuakultur yang dilengkapi teknologi moden

akan dibuka berhampiran lapangan terbang

utama untuk menggalakkan eksport ikan segar

dan hidup ke negara-negara pengimport utama

seperti Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Dengan

pembangunan ZIA, 11,900 pekerjaan akan

diwujudkan dan mampu untuk menyumbang

RM1.3 billion kepada PNK pada tahun 2020.

• Di dalam sub-sektor buah-buahan dan sayursayuran,

usaha akan dipergiatkan untuk

meningkatkan pengeluaran produk berkualiti

tinggi yang mematuhi standard keselamatan

makanan sebagai usaha untuk menembusi

116 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!