27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 3

• Usaha intensif dan pelaburan bagi

melaksanakan model perniagaan perkhidmatan

yang inovatif, menambahbaik penyampaian

perkhidmatan maklumat dan sistem prestasi,

memperbaiki kemahiran personel dan sikap

dikebanyakan perkhidmatan perniagaan serta

mengekalkan semangat keusahawanan telah

membantu melonjakkan piawaian dan kualiti

output perkhidmatan.

• Sumbangan kepada pertumbuhan output

oleh buruh sebanyak 36.5%, modal dengan

35.8% masih signifikan manakala TFP hanya

menyumbang sebanyak 27.8% (Jadual 3.1).

Perpindahan buruh dari industri berasaskan

pertanian dan perkilangan ke industri

perkhidmatan, walaupun telah berkurangan

daripada tahun-tahun sebelumnya masih

tetap berlaku. Kesan daripada peningkatan

perbandaran yang pesat dalam tiga dekad yang

lepas menyebabkan migrasi pekerja ke bandar

telah meningkatkan permintaan terhadap

sektor perkhidmatan.

• Pergantungan terhadap pergerakkan buruh ke

sektor perkhidmatan bagi tujuan pertumbuhan

produktiviti sedang menghampiri tahap

maksima. Pergantungan terhadap buruh bagi

pertumbuhan produktiviti tidak akan manpan

di masa hadapan kerana pengagihan semula

buruh dari industri asas terutama pertanian dan

sektor perlombongan telah berkurang dengan

jelasnya.

• Perdagangan borong & runcit mencatatkan

pertumbuhan TFP yang tertinggi iaitu sebanyak

2% bagi tempoh 2001-2010. Ia menyumbang

31.2% kepada pertumbuhan output. Baki

sumbangan adalah 40.6% daripada modal dan

28.1% daripada buruh. Sumbangan modal

dan TFP yang tinggi adalah hasil daripada

pertambahan pasaraya besar dan kedai-kedai

dan disokong oleh penggunaan tempatan

yang tinggi telah membantu melicinkan

Jadual 3.1: Sumbangan dan Pertumbuhan TFP, 2001-2010

Perdagangan

Kewangan

Pengangkutan

Utiliti

Sub-sektor

Perkhidmatan

Perkhidmatan lain

Sektor Perkhidmatan

Pertumbuhan

TFP

Sumbangan Kepada

Pertumbuhan Output (%)

TFP Modal Buruh

2.0 31.2 40.6 28.1

1.9 27.5 34.7 37.7

1.6 27.4 30.7 41.9

1.4 28.8 38.9 32.3

1.0 22.6 33.9 43.5

1.6 27.8 35.8 36.5

Dikira berdasarkan: - Jabatan Perangkaan, Malaysia

- Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Malaysia

- Unit Perancang Ekonomi, Malaysia

kesan kelembapan ekonomi dunia. Faktor

penawaran yang membantu meningkatkan

produktiviti termasuk penggunaan sistem

pengurusan yang canggih dan meluas serta

kaedah yang memberi penekanan kepada

kualiti, kepantasan, kebolehpercayaan dan

kepuasan pelanggan dari segi harga dan kualiti

perkhidmatan. Peraturan yang membenarkan

pertambahan rangkaian pasaraya besar

pemilikan asing yang sebelum ini dibekukan

untuk tempoh lima tahun juga membantu

menyumbang kepada TFP yang tinggi.

• Perkhidmatan kewangan mencatatkan

pertumbuhan TFP 1.9% iaitu yang kedua

tertinggi bagi tempoh 2001-2010 dengan

kemasukan pembekal perkhidmatan yang baru

dan pertambahan cawangan termasuk bank

asing bagi perbankan Islam dan konvensional.

Walau bagaimanapun, dalam perkhidmatan

kewangan, sumbangan buruh adalah 37.7%

manakala modal adalah 34.7%. Sistem

pengurusan, teknologi dan proses merupakan

faktor yang kurang signifikan berdasarkan

sumbangan TFP sebanyak 27.5% (Jadual 3.1).

Laporan Produktiviti 2010/2011

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!