27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

• Sub-sektor pengangkutan & penyimpanan

merangkumi pengangkutan barangan, komoditi

dan penumpang dengan kapal. Ia mencatatkan

kedudukan yang ketiga dalam pertumbuhan

TPF sebanyak 1.6% (Jadual 3.1). Penyedia

perkhidmatan di sub-sektor ini memerlukan

kenderaan pengangkutan, jentera dan

peralatan tambahan yang berintensifkan modal

yang menyebabkan penambahbaikan terhadap

perkakasan teknologi melalui pelaburan modal.

Tanpa mengambilkira peningkatan di dalam

bilangan penumpang kapal terbang terutama

pengangkutan tambang murah, sumbangan

modal kepada pertumbuhan sub-sektor masih

rendah disebabkan kebanyakan kapal terbang

adalah disewa dan tidak diambilkira sebagai

perbelanjaan pelaburan modal di dalam

pengiraan produktiviti. Sumbangan buruh

kepada pertumbuhan sub-sektor pengangkutan

dan penyimpanan adalah tinggi iaitu 41.9%

berbanding sub-sektor perkhidmatan yang

lain ekoran daripada khidmat pelanggan yang

diperlukan oleh industri di sub-sektor ini.

• Perkhidmatan utiliti hanya mencatatkan

pertumbuhan TFP sebanyak 1.4% walaupun

sumbangan TFP kepada pertumbuhan output

agak signifikan iaitu 28.8% (Jadual 3.1). Syarat

peraturan dan campur tangan terhadap harga

tenaga telah menghadkan perubahan oleh

pengurusan yang sepatutnya menyumbang

kepada peningkatan pertumbuhan TFP.

• Perkhidmatan lain merangkumi perkhidmatan

penggunaan iaitu kesihatan, pendidikan

dan perkhidmatan perniagaan & profesional.

Sub-sektor ini memerlukan pekerja yang

berpengetahuan tinggi dan berkemahiran. Oleh

itu sumbangan buruh kepada pertumbuhan

output adalah tinggi iaitu 43.5%. Disamping itu,

sub-sektor ini mencatatkan sumbangan TFP yang

paling rendah iaitu 22.6% kepada pertumbuhan

output sebanyak 1.0% pada tempoh 2001-

2010 (Jadual 3.1). Ini menunjukkan bahawa

industri-industri di dalam sub-sektor ini masih

diperingkat pembangunan dari segi keupayaan

teknologi dan inovasi. Penambahbaikkan yang

ketara boleh dilakukan untuk meningkatkan

produktiviti memandangkan terdapatnya

potensi untuk perubahan bagi perkhidmatan

penggunaan dan perkhidmatan perniagaan

dan profesional.

Strategi dan Unjuran

• Selaras dengan ekonomi negara yang terus

kukuh selepas krisis kewangan dan ekonomi

dunia, sektor perkhidmatan dijangkakan

kembali menyumbang kepada KDNK untuk

tahun-tahun ke hadapan. Sumbangan TFP

akan meningkat sekiranya disokong dengan

perubahan yang bersesuaian dari segi dasar,

peraturan dan proses pentadbiran. Oleh itu,

perkhidmatan kerajaan yang berkaitan adalah

perlu untuk melengkapkan pembangunan

sektor perkhidmatan. Ianya akan memberi

kesan kepada pengagihan sumber dikalangan

sektor dan sub-sektor perkhidmatan bagi

memperbaiki produktiviti buruh dan modal.

• Pengukuran untuk menggalakkan

pelaburan ke dalam sektor perkhidmatan

mestilah selari dengan penambahbaikkan

di dalam pengetahuan dan kefahaman

terhadap isu-isu berbangkit di dalam sektor

perkhidmatan. Aplikasi terhadap teknologi

dan pembangunan kemahiran yang baru

memerlukan pembangunan sumber manusia

yang dapat membantu memacu produktiviti.

Aspek perdagangan luar terhadap pasaran

perkhidmatan ekoran daripada proses

liberalisasi dalam perjanjian perdagangan

yang baru juga meningkatkan produktiviti

perkhidmatan.

• Bab ini juga menganalisa prestasi sektor

perkhidmatan di peringkat sub-sektor yang

terdiri daripada perkhidmatan logistik,

perkhidmatan ICT, perkhidmatan borong &

runcit, perkhidmatan perniagaan & profesional,

60 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!