27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

iklim, kekurangan sumber, peningkatan kos input, harga sumber tenaga dan persaingan untuk

sumber-sumber pertanian seperti bio-tenaga selain makanan. Untuk situasi ini, Revolusi Hijau II

yang sejati adalah memadai. Tidak seperti tahun 1960an, revolusi baru harus bergerak tidak hanya

di sebalik produktiviti tetapi juga adaptasi dan mitigasi inisiatif untuk menyatakan perubahan

iklim dan pengurusan mampan sumber air dan penggunaan tanah.

Inovasi, adalah keupayaan untuk mencipta nilai ekonomi dengan memperkenalkan produkproduk

baru ke pasaran, mereka semula proses pengeluaran atau konfigurasi semula amalan

organisasi gagal untuk menggalakkan aktiviti yang inovatif ke tahap optimal. Ini kerana inovasi

menghasilkan faedah-faedah sosial yang inovator tidak menghargai sepenuhnya dan kos

pengeluaran kebiasaannya di bawah tahap kos P&P.

Berbanding sektor ekonomi yang lain, sektor pertanian memberikan cabaran yang lebih hebat

kepada inventor di mana manfaat dari usaha-usaha mereka berkemungkinan akan diambil.

Untuk tanaman yang melalui proses pendebungaan sendiri, peladang boleh guna semula benih

dari tahun ke tahun, menyebabkan inventor sukar untuk menguatkuasakan paten dan mendapat

ganti rugi kos. Penyelesaiaan untuk masalah kegagalan pasaran ini adalah untuk geran paten

atau dalam bentuk hak harta intelek di atas usaha mereka. Terdapat masalah pasaran lain yang

berpotensi yang akan memberi kesan kepada keberkesanan hak harta intelek di dalam situasi

tertentu. Sebagai contoh, kos P&P adalah tinggi tetapi permintaan pasaran untuk teknologi baru

adalah tidak pasti dan paten berkemungkinan tidak mencukupi untuk menarik pelaburan swasta.

Ini adalah penyebab kepada P&P pertanian oleh sektor swasta adalah rendah di kebanyakkan

negara-negara membangun.

Persoalannya adalah bagaimana untuk mengurus sumber untuk mencipta, menyebarkan dan

mengekalkan inovasi serta menggunakan pelaburan yang dibuat untuk sains dan teknologi,

P&P serta keupayaan berkaitan. Objektifnya adalah untuk meningkatkan pengeluaran

pertanian mampan di samping memastikan keterjaminan makanan, penciptaan kekayaan dan

menambahbaik tahap kehidupan. Pada masa kini, hak harta intelek tidak mencukupi untuk

membolehkan inovator mendapatkan anugerah di atas pelaburan mereka. Pihak kerajaan

bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukkan P&P di dalam pembangunan teknologi yang

memberi pulangan sosial yang tinggi. Sementara pendekatan tradisional ini akan kekal sebagai

bahagian penting kepada lanskap P&P, mempromosi hak harta intelek berkualiti tinggi di dalam

mewujudkan insentif ekonomi dan memelihara inovasi.

Tarikan mekanisma di mana melalui pembiayaan kerajaan yang mengalakkan permintaan

untuk teknologi baru adalah sumbangan yang berguna kepada mekanisma tradisional di

mana pembiayaan disediakan untuk meningkatkan jumlah P&P. Dengan tarikan mekanisma

ini, kerajaan akan mengeluarkan pembiayaan hanya apabila hasil yang spesifik dikeluarkan

yang akan menyelesaikan maklumat dua hala antara pembiaya penyelidikan dan penyelidik.

Bergabung dengan sektor swasta dan mewujudkan jaringan dengan pembiaya penyelidikan juga

akan menggalakkan inovator untuk menumpukan perhatian kepada apa yang diperlukan dan

dikehendaki oleh peladang seterusnya meningkatkan produktiviti pertanian dan keterjaminan

makanan negara.

Disumbangkan oleh : Prof. Dr. Mad Nasir Shamsudin,

Dekan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Laporan Produktiviti 2010/2011

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!