27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kontrak pengurusan tanah yang seragam

dan insentif kewangan untuk menggalakkan

pemilik tanah memberi pengurusan tanah

mereka kepada pihak luar. Parit-parit

akan dipanjangkan dan dibaikpulih untuk

menambahbaik sistem perparitan kepada 30

meter sehektar. MADA akan mewujudkan anak

syarikat akan terlibat di dalam keseluruhan

rantaian nilai beras dari membekal benih

kepada pemperosesan dan jualan beras. Anak

syarikat tersebut yang dimiliki bersama oleh

pesawah dan pemegang saham sektor swasta

akan membolehkan peladang berkongsi nilai di

segmen hiliran. Sebagai tambahan, produktiviti

untuk penanaman padi di kawasan pengairan

yang lain juga akan ditingkatkan. Model MADA

akan digunakan di kawasan jelapang Lembaga

Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Batang

Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah.

Dengan pengkomersilan penanaman padi,

pendapatan pesawah dijangka meningkat

kepada 30%. Jangkaan sumbangan industri

beras kepada PNK pada tahun 2020 adalah RM

1 billion.

• Untuk mencapai keupayaan sara diri sebanyak

40% untuk daging, kapasiti lembu fidlot akan

ditingkatkan kepada 240,000 ekor melalui

peningkatan bilangan ladang fidlot berskala

kecil. Syarikat penaung akan ditubuhkan untuk

mengukuhkan jaringan antara ladang dan

pengguna. Kerjasama antara syarikat besar

tenusu asing juga akan diwujudkan untuk

membangunkan kelompok tenusu dengan

27,000 ekor lembu susu dan kemudahan

pemprosesan hiliran untuk meningkatkan

bekalan susu dari 2% kepada 5% pada tahun

2020. Industri susu dan daging dijangka

menyumbang sebanyak RM469 juta untuk

PNK pada tahun 2020. Sejumlah 2,800 peluang

pekerjaan akan diwujudkan melalui industri ini.

Mempertingkatkan Penglibatan ke dalam

Rantaian Nilai Sektor Pertanian Serantau

• Mengambil kesempatan di atas sistem

hartanah dan hak intelektual sedia ada yang

telah dibangunkan dan dilesenkan, Malaysia

mensasarkan untuk menjadi penyedia

perkhidmatan serantau di kawasan nilai tambah

tinggi untuk pertanian. Di dalam usaha untuk

membangunkan kedudukan Malaysia sebagai

peneraju di dalam perkhidmatan ternakan

serantau, pusat serantau akan diwujudkan

untuk ternakan dan pengeluaran bahanbahan

untuk tanaman, benih dan ternakan

yang tahan penyakit serta berproduktiviti

tinggi. Ini akan mengukuhkan kedudukan

Malaysia sebagai pembekal utama bahanbahan

ini dan mengambil peluang terhadap

pertumbuhan sektor pertanian di Indonesia,

Thailand dan Vietnam. Ini melibatkan

kerjasama pusat penyelidikan terulung di

Kanada untuk menubuhkan Pusat Penemuan

Penandaan dan Validasi atau CMDV yang akan

mengetuai penyelidikan benih dan ternakan

untuk pembiakan bermula di Malaysia dan

seterusnya di rantau ini. Usaha juga dilakukan

untuk menarik pelabur berpotensi di dalam

bioteknologi pertanian untuk nutrisi tanaman

dan penggalak hasil bio, racun serangga bio,

perasa dan haruman. Empat operasi ternakan

lembu luar negara akan diperolehi untuk

memastikan bekalan penternak lembu, susu

haiwan dan lembu untuk ladang fidlot tempatan

mencukupi.

118 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!