27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 2

Prestasi TFP Sektor

Ekonomi Terpilih

• Sektor perdagangan borong dan runcit,

merupakan sektor yang paling pantas

berkembang. TFP meningkat sebanyak 2.0%

bagi tempoh 2001-2010, manakala buruh dan

modal berkembang pada kadar 1.8% dan 2.6%.

Bagi tempoh 2001-2005 dan 2006-2010, TFP

telah menyumbang sebanyak 18.3% dan 40.6%

kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) (Jadual 2.5 & 2.6). Manakala modal

dan buruh menyumbang 44.9% dan 14.2%

bagi tempoh 2006-2010 dan jika berbanding

sumbangan 33.4% dan 48.2% bagi tempoh

2001-2005 kepada pertumbuhan KDNK.

• Sumbangan modal dan TFP yang tinggi pada

tempoh kedua 2006-2010 disebabkan oleh

perluasan pasaraya besar dan disokong oleh

faktor permintaan penggunaan barangan

tempatan yang telah menyerap kesan

kelembapan ekonomi global. Peningkatan TFP

juga disokong oleh penekanan kepada adaptasi

sistem pengurusan terkini yang menekankan

kepada kualiti, kepantasan, kebolehpercayaan

dan kepuasan pelanggan terutamannya dalam

penetapan harga dan kualiti perkhidmatan.

• Bagi tempoh 2001-2010, sektor kewangan

mencatatkan pertumbuhan TFP yang tinggi

sebanyak 2% dan menyumbang kepada

pertumbuhan output sebanyak 7.1%.

Pertumbuhan tersebut disokong oleh buruh

(2.7%) dan modal (2.4%). Bagi separuh kedua

2006-2010, TFP menyumbang 37.3% kepada

pertumbuhan output sebanyak 8.1%, manakala

modal dan buruh menyumbang sebanyak 47.5%

dan 15.2% (Jadual 2.7). Pertumbuhan TFP yang

tinggi (3%) bagi tempoh 2001-2005 (Jadual 2.6)

adalah didorong oleh penyertaan pembekal

perkhidmatan baru dan pembukaan cawangan

baru oleh bank asing dalam kedua-dua institusi

perbankan islam dan konvensional. Peningkatan

penggunaan pembayaran elektronik juga hasil

daripada inovasi teknologi juga menyumbang

kepada pertumbuhan TFP. Faktor utama kepada

peningkatan pertumbuhan TFP adalah hasil dari

initiatif kerajaan mengurangkan kadar faedah

dan liberalisasi sektor kewangan.

• Bagi tempoh 2001-2010, sektor pengangkutan

mencatatkan pertumbuhan TFP pada kadar 1.7%

dan menyumbang 26.7% kepada pertumbuhan

output sebanyak 6%. Manakala modal dan

buruh berkembang sebanyak 1.8% dan 2.5%.

Pada tempoh kedua 2006-2010, pertumbuhan

Jadual 2.5: TFP Bagi Setiap Sektor Ekonomi 2001-2010 (%)

Tahun Pertanian Perlombongan Pembuatan Pembinaan

Utiliti Pengangkutan Borong dan Runcit Kewangan

Lain-lain

Perkhidmatan

KDNK

2.89 0.75 3.65 2.73 4.68 6.02 6.39 7.09 4.40

Buruh

0.77 0.32 0.95 0.09 1.52 2.50 1.79 2.65 1.90

Modal

0.75 0.25 1.77 1.85 1.84 1.83 2.58 2.44 1.50

TFP

1.38 0.18 0.91 0.79 1.32 1.70 2.03 1.99 1.00

Dikira berdasarkan: - Jabatan Perangkaan, Malaysia

- Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Malaysia, pelbagai terbitan

Laporan Produktiviti 2010/2011

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!