27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bab 5

pasaran premium di Timur Tengah dan

Eropah. Buah-buahan tropika premium seperti

betik eksotik, nenas MD2, rock melon KR1,

belimbing B10, nangka J32, pisang montel,

dan sayur-sayuran tanah tinggi seperti tomato,

cili capsicum, dan lettuce akan dijadikan

tanaman utama. Syarikat-syarikat penaung

akan dijemput untuk mengetuai pelaksanaan

menggunakan model rantaian bekalan

tambahan. Syarikat-syarikat penaung ini akan

menguruskan peladang-peladang kontrak,

mengkoordinasi pengeluaran dan pengedaran

termasuk kemudahan selepas tuai untuk ruang

peyimpanan yang lebih luas, jangka hayat yang

lebih panjang dan mengekalkan kualiti produk

segar semasa proses pengedaran. Aktiviti-aktiviti

ini akan dijalankan sebagai mematuhi standard

antarabangsa seperti Amalan Pertanian Baik

(APB), Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal

(HACCP) dan Amalan Perkilangan Baik atau

GMP. Kerjasama antara peladang-peladang

yang mengfokus kepada pengeluaran akan

diwujudkan untuk mengambil alih peranan

syarikat penaung. Objektif keseluruhan adalah

untuk membolehkan peladang memperolehi

pendapatan bulanan sebanyak RM4,500

sehektar. Peningkatan pengeluaran dan akses

pasaran yang lebih luas, sub-sektor buahbuahan

dan sayur-sayuran dijangka dapat

menyumbang RM1.6 billion untuk PNK dan

9,100 peluang pekerjaan pada tahun 2020.

• Taman Pemakanan Bersepadu akan

dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan

eksport industri makanan proses. Sasaran

adalah untuk membangunkan empat taman

makanan bersepadu yang dikendalikan oleh

syarikat penaung termasuk bertanggungjawab

untuk mendapat persijilan produk,

pembungkusan, penjenamaan, pemasaran dan

mengurus pembekal bahan mentah. Melalui

Akta Promosi Pelaburan, rakan-rakan luar

negara akan dijemput untuk mengukuhkan

akses pasaran melalui pengurusan kontrak

pembuatan, perkongsian ekuiti dan perlesenan

hak milik produk serta jenama. Ini akan

menggalakkan pertumbuhan EKS di dalam

industri pemprosesan makanan. Pelaburan di

dalam industri pemprosesan makanan dijangka

dapat menyumbang RM884 juta untuk PNK dan

mewujudkan 4,900 peluang pekerjaan pada

tahun 2020.

• Varieti beras wangi (MRQ76) yang dibangunkan

oleh Institut Pembangunan Penyelidikan

Pertanian Malaysia atau MARDI akan ditanam

di kawasan tadahan hujan sebagai usaha untuk

meneroka pasaran premium. Pengilang yang

berdedikasi akan dilantik untuk mengelak

pencemaran, mengekalkan kualiti dan

identiti jenama. Identiti premium ini akan

membolehkan peladang meletakkan harga

yang tinggi seterusnya meningkat pendapatan

untuk beras yang tidak dikilangkan.

Memastikan Dasar Keterjaminan Makanan

• Sasaran NKEA Pertanian adalah untuk

meningkatkan pengeluaran domestik sebanyak

85% untuk beras, 40% untuk daging dan 5%

untuk susu pada tahun 2020. Untuk mencapai

sasaran ini, produktiviti penanaman padi di

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

akan dimajukan dan dikukuhkan. Objektif

utama adalah untuk mempromosi penanaman

berskala komersil melalui sistem pengairan

yang ditambahbaik dan memacu penggunaan

teknologi baru untuk meningkatkan purata

hasil kepada 8 tan sehektar pada tahun 2020.

Penggunaan teknologi baru akan diperkuatkan

melalui P&P benih, peningkatan pembajaan

tanah, mekanisasi berskala besar, perkilangan

dan pengumpulan tangkai-tangkai padi. MADA

akan mewujudkan unit yang akan menyediakan

Laporan Produktiviti 2010/2011

117

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!