27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kotak 7.1 : Amalan Pengurusan Bakat di

Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan

Pengurusan bakat ialah mengenai proses untuk memaju dan menggabungkan pekerjapekerja

baru, mengekalkan pekerja sedia ada serta menarik minat pekerja berkemahiran untuk

bekerja di syarikat anda. Pada masa ini, semakin banyak syarikat menyedari bahawa bakat dan

kemahiran pekerja-pekerja berupaya menggerakkan kejayaan perniagaan, maka, mereka telah

berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik bakat-bakat baru dan mengekal serta

memajukan bakat sedia ada. Keperluan tenaga kerja di peringkat global telah berubah, oleh

itu ia juga telah mengubah cara organisasi mengambil pekerja, memaju dan mengekalkannya.

Dalam hal ini, sistem pengurusan bakat perlu disepadukan dalam strategi perniagaan dan

dilaksanakan di syarikat dalam proses kerja harian. MPC telah menjalankan kajian terhadap

dua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) iaitu, Pharmaniaga Berhad dan PROTON Berhad untuk

mengetahui bagaimana syarikat-syarikat ini, membimbing, menarik minat dan mengekalkan

bakat-bakat yang terbaik.

Pharmaniaga Berhad ialah syarikat berkaitan penjagaan kesihatan bersepadu yang terbesar di

Malaysia. Perniagan utamanya ialah produk farmasutikal generik, logistik, pengedaran, jualan,

pemasaran, penawaran produk-produk dan perkhidmatan perubatan serta peralatan hospital.

Syarikat ini mentakrifkan pengurusan bakat kepada dua perspektif. Pertama, ia berkenaan

pengurusan prestasi individu dengan indikator utama yang dikenal pasti seperti sasaran jualan

dan bilangan produk baru yang akan dibangunkan dan dipasarkan dalam tempoh tertentu.

Kedua, ia melihat kepada potensi individu yang merangkumi kebolehan memimpin, kesediaan

untuk ditempatkan di mana-mana bahagian dan ciri-ciri sikap individu.

Penekanan kepada pengoptimuman sumber manusia dan bakat sangat menyerlah di

Pharmaniaga Berhad sebagai pencetus perniagaan dan daya saing yang bergantung kepada

sumber manusia melampaui proses kerja sedia ada. Pekerja digalakkan membina kemahiran

yang pelbagai, menjadikan diri mereka disukai di dalam dan luar syarikat melalui penjanamaan

kepakaran serta jaringan dengan seramai orang yang mungkin. Pharmaniaga Berhad

mempunyai tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan menyediakan bakat-bakat

yang terbaik dalam bidang kewangan, sumber manusia, pemasaran, jualan dan komunikasi

korporat pada masa hadapan.

PROTON atau Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ialah pengeluar automobil yang terbesar

di Asia Tenggara dan satu-satunya Pengeluar Alat-alat Tulen (OEM) yang lengkap. Proton

mengeluarkan kereta yang sesuai dengan permintaan dan kehendak pelanggan. Dalam hal ini,

PROTON melihat pengurusan bakat bersekali dengan perancangan penggantian pemimpin

masa hadapan bagi memastikan kepimpinan yang berterusan dengan cara mengenalpasti

jawatan yang kritikal dalam syarikat dan pengganti-pengganti yang berpotensi melalui usahausaha

yang bersepadu. Syarikat ini mempunyai pusat penilaian yang berupaya menilai dan

memilih calon-calon yang sesuai dalam kumpulan pemimpin-pemimpin berbakat. Inisiatif

ini membolehkan syarikat menyediakan bakat yang sesuai dengan keperluan kemahiran

kepimpinan. Bakat-bakat yang dikenalpasti dinilai secara berterusan bagi mengelakkan jurang

perancangan penggantian pemimpin bila diperlukan.

152 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!