27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SUMBER-SUMBER BARU PERTUMBUHAN EKONOMI

BERDASARKAN 12 PETUNJUK UTAMA EKONOMI NEGARA (NKEA)

Tinjauan

• Selaras dengan usaha peningkatan produktiviti

dan kecekapan yang berterusan, kerajaan telah

melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang

akan menjadi penggerak kepada perubahan

negara menjadi negara maju di samping

berpendapatan tinggi, keterangkuman dan

ekonomi yang mampan.

• Inisiatif di bawah MEB ini telah dilaksanakan

selaras dengan 12 Petunjuk Utama Ekonomi

Negara (NKEA) yang merupakan salah satu

pendekatan memajukan lagi ekonomi. Ia

merupakan asas kepada Program Transformasi

Ekonomi (ETP). NKEA didefinisikan sebagai

“penggerak aktiviti ekonomi yang berpotensi

secara langsung dan penyumbang besar

kepada pertumbuhan ekonomi”. Ianya terdiri

daripada minyak, gas & tenaga, kelapa sawit,

perkhidmatan kewangan, borong & runcit,

pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan,

elektronik & elektrik, perkhidmatan perniagaan,

kandungan komunikasi & infrastuktur, pertanian

dan “greater Kuala Lumpur/Klang Valley”. NKEA

ini dipilih kerana ianya penyumbang yang ketara

terhadap pertumbuhan ekonomi akan datang.

Kesan Rantaian Ke Hadapan dan

Ke Belakang 12 Petunjuk Utama

Ekonomi Negara (NKEA)

• Kedua-dua pengganda dan rantaian

menunjukkan kepentingan antara industri.

Rantaian mengukur hubungkait antara sektor

manakala pengganda mengukur kesan apabila

pertambahan satu unit pelaburan autonomi

menyebabkan pertambahan sedikit pendapatan

yang menghasilkan peningkatan pusingan

perbelanjaan dan pendapatan pengguna secara

berturutan, setiap pusingan menghasilkan

pertambahan kecil secara numerik sehingga

proses tersebut berakhir dengan kata lain

mencapai tahap seimbang.

• Dengan menggunakan pengukuran rantaian dan

pengganda, 12 NKEA berinteraksi antara satu

sama lain dan prestasi akan mudah dikenalpasti.

Di kalangan negara maju, industri perkhidmatan

memainkan peranan utama dalam struktur

rantaian antara industri. Aliran ini telah muncul

di dalam sektor perkhidmatan negara dan ianya

mempunyai peranan yang penting di dalam

ekonomi.

• Di sepanjang rantaian ke belakang, industri

dikait dan dihubungkan kepada saluran inputinput

huluan dan tidak terhad kepada bahan

mentah, saluran paip, pengangkutan dan

sebagainya malahan juga secara perlahanlahan

di sepanjang saluran input yang lain-lain.

Semakin tinggi indeks tersebut, maka semakin

kritikal sektor yang terlibat. 12 (NKEA) tersebut

terutamanya sektor perkhidmatan menguasai

rantaian ini dan diikuti dengan sektor bukan

perkhidmatan (Rajah 8.1)

• Sebaliknya, di antara rantaian ke hadapan,

rantaian huluan dikuasai oleh jenis industri di

bawah NKEA yang mana ianya menunjukkan

indeks yang meningkat. Ini bererti ekonomi

telah membangunkan sektor yang mempunyai

indeks tertinggi yang telah menyumbang

kepada saluran output dan produktiviti yang

berhubungkait antara satu sama lain (Rajah 8.2).

• Rantaian ke belakang dikuasai oleh kelapa sawit di

kalangan 12 NKEA. Ini diikuti oleh pelancongan,

perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan

dan lain-lain. Rantaian ke belakang yang

sederhana terdapat bagi kandungan komunikasi

& infrastruktur, minyak, gas & tenaga, borong

& runcit, dan elektronik & elektrik. Manakala

rantaian ke belakang terendah ialah bagi sektor

pertanian, perkhidmatan perniagaan serta

pendidikan.

• Rantaian ke hadapan pula menganggar sesuatu

sektor akan menghasilkan satu unit peningkatan

di dalam permintaan akhir. Sektor utama yang

mempunyai rantaian ke hadapan yang tinggi

menggambarkan peningkatan output sesuatu

sektor yang lebih dibandingkan dengan sektor

lain jika semua sistem meningkat sebanyak satu

unit bagi permintaan akhir. Oleh itu, mana-mana

sektor yang mempamerkan input dan output

156 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!