11.07.2015 Views

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke ...

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke ...

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAIPENGURUSAN AKTIVITI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARIBAGI TAHUN 2011BAHAGIAN II : PENGURUSAN AKTIVITI BADAN BERKANUN PERSEKUTUANPERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)Perenggan 13 : Pengurusan Dana PerfilemanPerenggan Penemuan Audit Status Terkini13.4.2 Penyiaran Filem Terbitan FINASSemakan Audit mendapati sehingga 1 April 2012, semua filem yang telah disiapkanantara tahun 2009 hingga 2011 masih belum disiarkan di mana-mana syarikatpenyiaran kecuali bagi filem Dokumentari Kerjasama dengan Penyiar Antarabangsa.Filem yang dihasilkan tidak disiarkan kerana FINAS tidak menetapkan keperluanpenyiaran sebagai objektif pemberian Dana Perfileman.Pada pendapat Audit, FINAS perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan filemyang telah siap dapat disiarkan supaya hasil karya produser dan syarikat produksi sertaperbelanjaan dapat dimanfaatkan.FINAS memaklumkan bagi penerbitan filem di bawah Dana Dokumentari, pihak RTMtelah bersetuju untuk menyediakan slot tayangan filem dokumentari terbitan FINASbermula bulan Mac 2012. FINAS akan mengadakan perbincangan lanjut berkenaanpenetapan waktu siaran dengan pihak RTM. Di samping itu, FINAS juga telah membuatbeberapa edaran filem dokumentari dalam bentuk cakera video digital (DVD) kepadaKabinet, Kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan serta Universititempatan.Bagaimanapun, bagi penerbitan filem di bawah Dana Pembangunan Seni Filem DanMultimedia tidak tertakluk untuk disiarkan di mana-mana syarikat penyiaran. Usahauntuk disiarkan ke stesen televisyen telah dibuat tetapi tiada peruntukan dan slot yangsesuai untuk tayangan filem pendek. Namun usaha lain telah dibuat di mana terdapatpenerima Dana Pembangunan Seni Filem Dan Multimedia telah berjaya memasukipertandingan di Festival Filem Malaysia dan peringkat Antarabangsa.Sebanyak 4 judul dokumentari yang telah disiarkan oleh RTM. PihakRTM juga telah bersetuju untuk memberi slot bagi menyiarkandokumentari terbitan FINAS di TV2.Sebanyak 7 buah dokumentari terbitan FINAS juga telah disiarkandi ASTRO pada 19 hingga 31 Ogos 2012. Antara tajuknya adalahseperti berikut:-i. Royal Press,ii. Spirit Of Wood,iii. Agarwood “The Black Gold Of The Forest”,iv. Royal Carver,v. Tanjung Pagar “The Last Train”,vi. Fall of Penang,vii. Last Journey To Sarawak.Keperluan penyiaran ada dinyatakan dalam Perjanjian PembiayaanPenerbitan Filem Dokumentari. Walau bagaimanapun FINASsedang membuat penambahbaikan untuk memasukkan keperluanpenyiaran sebagai salah satu syarat pemberian Dana Perfileman.13.4.3.1.a.iiLaporan Dan Pengesahan Kemajuan Kerja Tidak DisediakanSemakan Audit mendapati laporan dan pengesahan kemajuan kerja tidak disediakanoleh FINAS sebagai dokumen sokongan bagi pembayaran berjumlah RM2.01 juta yangdibuat kepada 25 judul dokumentari. Pembayaran ini tidak mengikut perjanjian yangditetapkan dan FINAS juga tidak dapat memastikan kedudukan sebenar kemajuanFINAS membuat bayaran mengikut kaedah pembayaran yangditetapkan dalam perjanjian.Berikutan laporan Audit, mulai 2012, FINAS telah melaksanakan60 60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!