23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Di samping Al-Attas, Almarhum Dr Muhammad Abdullah Darraz (1894-

1958) juga telah lebih awal melakukan penelitiannya yang tersendiri terhadap

kalimah din ini dan melihat kesesuaiannya untuk digunakan kepada semua

agama, Islam dan bukan Islam. 10 Malah terdapat berbilang ayat dalam al-Quran

al-Karim yang menjelaskan hal ini sesuai dengan bilangan 68 kali kalimah din ini

didatangkan. Contohnya seperti maksud firmanNya ini: “Maka apakah mereka

mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah berserah diri

segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan

hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” 11 Maka, adalah suatu realiti

terdapatnya pelbagai agama di dunia ini dan terdapat juga tafsiran yang universal

bagi agama yang boleh dipakaikan kepada semua agama, termasuklah Islam dan

bukan Islam. 12

Oleh itu, dengan definisinya yang lebih terperinci (daripada definisi Kamus

Dewan di atas), Darraz menginterpretasikan agama sebagai: “Kepercayaan

kepada kewujudan zat atau zat-zat - yang ghaib - yang tinggi, yang mempunyai

perasaan dan kuasa, dan juga mempunyai autoriti dan tadbir ke atas perkaraperkara

yang dikehendaki manusia, kepercayaan yang membangkitkan rasa

bermunajat (minta perlindungan) kepada zat yang agung ini dalam keadaan suka

dan takut, dalam keadaan tunduk dan membesarkan (zat agung ini).” Dalam ibarat

yang lebih ringkas, agama ialah “Kepercayaan kepada zat ketuhanan, yang amat

utama untuk ditaati dan disembah (melalui peribadatan).” 13

Barat telah menanggapi agama itu dalam tiga bentuk yang utama. Tiga bentuk inilah yang

menjadi manifestasi pengertian agama dalam kehidupan masyarakat Barat. Kata beliau:

“Yang pertama adalah bahawa agama itu berasas pada satu Tanzil daripada Tuhan Yang

Hak kepada insan yang dilangsungkan dengan perantaraan wahyu yang diturunkan

olehNya kepada nabi atau rasulNya”. Pengertian begini dipegang oleh mereka yang

percaya akan kebenaran agama; yang kedua adalah bahawa agama itu sehimpunan

kepercayaan-kepercayaan tahyul, termasuk cara-cara meangsungkan ibadat atau

penghambaan diri sebagaimana yang telah ditetapkan-pengertian begini dipegang oleh

mereka yang tidak percaya akan kebenaran agama; yang ketiga adalah bahawa agama itu

sehimpunan pendapat-pendapat dan undang-undang yang disusun dan direka oleh para

bijaksana dan failasuf bagi keperluan kesejahteraan dan ketenteraman khalayak ramai

masharakat insan, bagi mencegah hawa-nafsu, dan bagi membina serta menjamin tattertib

dalam pelbagai golongan dan lapisan masharakat insan-pengertian begini dipegang oleh

mereka yang bersikap tiada peduli terhadap agama sebagai agama, akan tetapi

menganggap agama itu penting hanya bagi kegunaannya sebagai alat negara.” Lihat: Al-

Attas (2001), Risalah Untuk Kaum Muslimin, Kuala Lumpur: ISTAC, h. 26-27.

10 Darraz, Muhammad Abdullah, (1990), Al-Den BuhËth Mumahhadah Li Diresah TÉrÊkh

Al-AdyÉn, Kuwayt: Dar Al-Qalam, h. 28.

11 Al-Quran Al-Karim, Surah Ali Imran, 3: Ayat 83.

12 Lihat juga karangan ini „Agama-agama dalam Al-Quran al-Karim: MaÍmËd Al-SharÊf,

(1970) Al-AdyÉn FÊ Al-QurÉn, Kaherah: Dar Al-Maarif,h. 315-322.

13 Darraz, Muhammad Abdullah (1990), Al-DÊn BuhËth Mumahhadah Li DirÉsah TÉrÊkh

Al-AdyÉn, Kuwayt: Dar Al-Qalam, h. 52. Berikut adalah takrifan din menurut almarhum:

‏"الديه هى ‏)االعتقبد بىجىد ذاث ‏–أو ذواث غيبيت علىيت،‏ لهب شعىز واختيبز،‏ ولهب تصسف وتدبيس للشئىن التي

تعىى اإلوسبن،‏ اعتقبد مه شأوه ان يبعث على مىبجبة تلك الراث السبميت في زغبت وزهبت،‏ وفي خضىع وتمجيد.((‏

وبعببزة مىجزة،‏ هى ‏))اإليمبن براث إلهيت.‏ جديسة ببلطبعت والعببدة.("‏

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!