23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kerana pada Shari„ati ada kemungkinan manusia yang silap dalam memahami dan

mempraktikkan agama mereka.

Dari konteks persamaan, Bennabi dan Shari„ati menegaskan bahawa

agama yang terbaik dan benar ialah agama Islam. Islam merupakan agama yang

mempercayai kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah Ta‟ala dan tiada tuhan yang

disembah melainkan-Nya.

Perbezaan dan persamaan pandangan Bennabi dan Shari‘ati mengenai

pengaruh Islam dalam Pembangunan Peradaban

Bennabi dan Shari„ati berbeza pendapat berkaitan pengaruh Islam dalam

pembangunan peradaban. Ini kerana pada Bennabi Islam mempengaruhi

pembangunan peradaban berdasarkan dua aspek utama iaitu sumber yang

memberi petunjuk kepada manusia yang merujuk kepada al-Qur‟an dan al-Hadith,

serta gerakan kenabian. Manakala pada Shari„ati terdapat tiga pengaruh utama

Islam dalam pembangunan peradaban iaitu personaliti, tradisi dan golongan

massa. Pada Shari„ati selalunya golongan massa merupakan pengaruh utama

khusus dalam membangunkan masyarakat tetapi dalam situasi tertentu personaliti

yang unggul diketengahkan sebagai pengaruh utama khusus semasa zaman Nabi

Muhammad s.a.w.

Dari konteks persamaan, Bennabi dan Shari„ati berpendapat bahawa

sumber utama Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith serta gerakan kenabian yang

berusaha menggerakkan penyatuan masyarakat untuk mencapai kemajuan yang

berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta‟ala semata-mata.

Perbezaan dan persamaan pandangan Bennabi dan Shari‘ati mengenai

sumbangan Islam dalam Pembangunan Peradaban

Sesungguhnya Islam diakui memberi sumbangan kepada proses

pembangunan peradaban manusia. Namun terdapat perbezaan pandangan di

antara Bennabi dan Shari„ati berkaitan sumbangan Islam berkenaan. Ini kerana

pada Bennabi sumbangan Islam dalam setiap proses pembangunan sesebuah

peradaban manusia ialah berdasarkan tiga aspek utama iaitu spiritual, intelektual

dan psikologikal. Tiga aspek tersebut diakui amat penting kepada seseorang

manusia untuk membangunkan diri sendiri, masyarakat dan seterusnya agama

dan negara masing-masing. Manakala pada pandangan Shari„ati sumbangan

utama Islam dalam pembangunan peradaban ialah sumbangan intelektual yang

digelarnya sebagai Islamologi yang bertujuan menunjukkan kemodenan,

persamaan dan demokrasi adalah selari dengan Islam.

Dari konteks persamaan, Bennabi dan Shari„ati menyetujui bahawa antara

sumbangan utama Islam dalam proses pembangunan peradaban ialah dari aspek

intelektual. Ini kerana pada mereka Islam dapat membangunkan kemajuan

intelektual masyarakat berdasarkan pengaruh utamanya ialah sumber al-Qur‟an

dan al-Hadith.

108

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!