23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kursus TITAS telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Kursus TITAS

yang dianggotai oleh wakil-wakil IPTA tempatan. Kursus ini ditawarkan kepada

semua pelajar Ijazah Pertama IPTA mulai sesi akademik 1998/1999 melalui

pelbagai pendekatan mengikut kesesuain setiap IPTA. 16 Pada awalnya, kursus ini

telah memperuntukkan 4 jam kredit tetapi kemudiannya berubah mengikut

kesesuaian pelaksanaannya di setiap IPTA.

Secara dasarnya, terdapat 10 matlamat umum kursus TITAS yang

dikemukakan oleh Jawatankuasa Penggubal, 17 iaitu:

1. untuk menyemai dan memupuk persefahaman tulen dan sikap saling

menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan

budaya di negara ini, khususnya di kalangan generasi muda yang bakal

menjadi pemimpin negara demi perpaduan dan keutuhan negara,

2. untuk memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai melalui

musyawarah dan ijmak (consultation and concensus),

3. untuk memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang

mengamalkan toleransi yang tinggi,

4. untuk memupuk nilai-nilai universal di kalangan rakyat Malaysia,

5. untuk melahirkan para siswazah yang berfikiran luas dan perpandangan

sejagat selaras dengan peranan global negara Malaysia kini dan akan

datang.

6. untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berperadaban tinggi dan sanggup

memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni,

7. untuk memantapkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan rakyat

Malaysia.

8. untuk melengkapkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang

membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia dan

cabaran global semasa,

9. untuk membantu melahirkan masyarakat madani dalam erti kata yang

sebenarnya,

10. untuk memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan ilmu pengetahuan

sepenuhnya.

Objektif kursus TITAS bermatlamat untuk mencapai gagasan situasi

semasa di samping menimbulkan kesedaran kepada pelajar yang realitinya

berhadapan dengan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pelajar

daripada pelbagai kaum yang mengikuti kursus ini dapat memupuk perasaan

saling menghormati, memperkukuhkan jati diri, berilmu dan berpandangan luas

serta dapat memberi sumbangan dalam membangunkan negara Malaysia. Selain

itu, ia merupakan perubahan ke arah memberikan pendedahan kepada pelajar

IPTA mengenai kepentingan mengenali kepelbagaian tamadun dalam sejarah

peradaban dunia dan Asia.

16

Kursus ini dilaksanakan dengan melihat kemampuan tenaga pakar, fasiliti atau

kemudahan-kemudahan yang dimiliki IPTA masing-masing. Ibid.

17 Hashim Hj. Musa (2005), op.cit., h.2.

79

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!