23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2. Pendidikan akhlak melalui pembaikian fakulti kejiwaan manusia

Ia dimulai dengan mendidik fakulti jiwa syahwat manusia, diikuti dengan

fakulti jiwa marah dan fakulti jiwa rasional manusia. Oleh itu, Ibn Miskawayh

menegaskan bahawa pendidikan akhlak mesti bermula dengan mendidik tabiat

makan yang dirangsangkan oleh fakulti jiwa syahwat. Tabiat makan yang baik

membantu seseorang mengawal sifat marah yang berpunca dari fakulti jiwa marah

dan seterusnya mendorong ke arah cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan yang

lahir daripada fakulti jiwa rasional. 21

3. Pendidikan akhlak melalui menuntut ilmu

Menurut Ibn Miskawayh, akhlak buruk berpunca daripada perasaan marah,

takut mati dan kesedihan. Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan menuntut

ilmu pengetahuan yang berkaitan. 22 Manusia perlu mengetahui perihal hakikat

mati, konsep jiwa jasad dan kebahagiaan abadi. Untuk tujuan menuntut ilmu-ilmu

ini, fakulti jiwa rasional perlu diperkasakan. Hanya dengan keteguhan dan

kemantapan fakulti jiwa rasional sahaja manusia dapat berfikir, membuat

pertimbangan dan keputusan dengan baik, menolak segala bentuk kebatilan dan

pembohongan serta mengangkat martabat manusia ke tahap yang lebih mulia. 23

4. Peranan institusi kekeluargaan

Institusi keluarga terutama ibu bapa memainkan peranan penting dalam

membina akhlak mulia. Mereka bertanggungjawab untuk melatih ahli keluarga

mengamalkan ajaran-ajaran syariat Islam seperti menghormati kemuliaan,

mencintai kebaikan, berpihak kepada kebenaran serta memantau pergaulan

dengan rakan-rakan yang tidak bermoral. 24 Latihan berakhlak mulia sejak kecil

membolehkan kanak-kanak membesar bersama kemuliaan, sentiasa mengawal

diri daripada kejahatan, mendorong melaksanakan suruhan-suruhan agama dan

mematuhi peraturan setelah mereka dewasa.

5. Pendidikan akhlak melalui jihad melawan nafsu

Ia diperoleh melalui penguasaan ilmu pengetahuan, mengikuti jalan yang

benar dan sentiasa merenungkan jiwa sendiri. Memperbaiki jiwa dapat memberi

kesan yang besar kepada pembinaan akhlak mulia kerana pembawaan akhlak

seseorang banyak dipengaruhi oleh kekuatan jiwanya. Selain itu, individu juga

perlu membiasakan dirinya dengan sifat dan perbuatan yang baik.

6. Peranan guru dan rakan

Guru yang baik merupakan pendidik dimensi rohani dan jasmani manusia.

Atas dasar tersebut, Ibn Miskawayh meletakkan cinta kepada guru mengatasi

cinta terhadap ibu bapa. Lazimnya, latihan dan didikan yang diberikan oleh guru

21 Ibid. h. 52-55.

22 Ibid. h. 172-194.

23 Ibid. h. 44-45.

24 Ibid. h. 55-57.

81

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!