23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Dalam memperkatakan mengenai peranan manusia, Bennabi menjelaskan

bahawa setiap peranan tersebut perlu selaras dengan ajaran Islam. Ini kerana

untuk membangunkan sebuah kebudayaan Islam, semuanya adalah berasaskan

Islam dan bertitik tolak daripada asas berkenaan. Islam menurut Bennabi

merupakan agama yang benar dan terbaik sebagaimana yang dipaparkan dalam

Surah Ali „Imran (3) ayat 19 dan Surah al-An-„am (6) ayat 153. 13 Seterusnya

manusia yang dimaksudkan oleh Bennabi untuk membentuk dan membangunkan

kebudayaan Islam umumnya merujuk kepada semua yang bergelar manusia,

namun umat Islam merupakan golongan manusia yang dipertanggungjawabkan

secara khusus dalam membentuk dan membangunkan kebudayaan

Islam. 14 Berikut ialah huraian ringkas mengenai peranan manusia dalam

membangunkan kebudayaan Islam.

1. Mengamal dan mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan

seharian

Agama merupakan suatu asas dan elemen yang membentuk serta

mempengaruhi kebudayaan. Agama yang dimaksudkan oleh Bennabi di sini ialah

agama Islam.Dalam konteks ini, manusia berperanan mengamal dan

mempraktikkan ajaran yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan seharian.

Peranan manusia tersebut merangkumi tunduk dan sujud kepada-Nya dengan

mengucapkan dua kalimah shahadah, menunaikan ibadah solat, puasa,

mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Peranan tersebut merupakan suatu

pertanggungjawaban kepada setiap manusia khususnya orang Islam

sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta‟ala dalam Surah al-An‟am (6) ayat

162 yang bermaksud; “Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku

dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” 15

Dalam konteks kebudayaan, agama yang merujuk kepada agama Islam

merupakan pemangkin (catalyseur) yang memberi panduan kepada manusia

dalam membina dan memulakan kitaran peradaban. 16 Ini bermakna, manusia

yang patuh dan taat dalam mengamal dan mempraktikkan ajaran agama

berkeupayaan membina dan membangunkan sebuah peradaban yang kekal utuh

dalam tempoh yang lama.

2. Mencetuskan pelbagai aktiviti kesenian

Sesungguhnya manusia berperanan mencetuskan pelbagai aktiviti

kesenian berdasarkan akal fikiran serta pengaruh daripada persekitarannya.

Aktiviti kesenian tersebut misalnya berkomunikasi (proses interaksi di antara

sesama manusia), melukis, mengukir, membina dan mewarna yang secara tidak

13 Malik Bennabi (1986),al-Zahirah al-Qur‟aniyyah, c.4. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 191.

14 Untuk maklumat lanjut sila rujuk; Malik Bennabi (2003)The Questions of Ideas in the

Muslim World. Mohamed El-Tahir El-Mesawi (terj.). Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, h.

74-75.

15 Untuk maklumat lanjut sila rujuk; Malik Bennabi (2006), Le Problème Des Idées Dans Le

Monde Musulman, h. 163.

16 Malik Bennabi (1987), op.cit., h. 45.

115

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!