23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

penyelamat iaitu aqidah tauhid yang kukuh yang menjadi benteng kejayaan,

kemajuan dan keunggulan umat Islam. Segelintir golongan inilah yang bertungkus

lumus menongkah arus cabaran dan rintangan yang melanda dengan

meneriakkan semboyan kalimah tauhid di mana-mana, walaupun kadang-kadang

mereka dipandang sepi dan sinis, semangat perjuangan sentiasa meluap-luap

demi memartabatkan Islam tercinta dan mengembalikan saudara seislam yang

sudah hanyut dan lalai supaya kembali mengabdikan diri pada Allah S.W.T.

Melihat kepada kepentingan aqidah yang sebenar dalam hidup manusia,

maka Majalah Melenia Muslim menitik beratkan perkara ini dengan membantu

melalui penulisan berkisar sifat sebenar aqidah yang perlu diterapkan dalam diri

setiap individu muslim.

“Kenalilah Dengan Lebih Dekat: Ketuhanan” merupakan artikel yang

membincangkan isu kewujudan Allah S.W.T. yang bersifat Maha Ghaib. Sifat Allah

S.W.T. yang tidak dapat dilihat oleh mana-mana makhluk ciptaanNYA tetapi boleh

dirasa kewujudanNYA dengan hati yang suci. Kita sebagai umat islam dilarang

untuk memikirkan secara mendalam tentang sifat Allah S.W.T. kerana akal

manusia terbatas untuk mengetahui perkara ghaib dan jika manusia terus-terusan

memikirkannya, maka akan timbullah pemikiran yang bukan-bukan yang dicampur

dengan bisikan halus dari syaitan yang sentiasa ingin memesongkan aqidah

manusia daripada mentauhidkan Allah S.W.T.

Artikel seterusnya ialah mengisahkan bagaimana seorang berbangsa Cina

yang jiwa kosongnya memperoleh kantung Islam bagi mengisi jiwanya yang

kosong menjadi penuh dengan ketenangan, malah mengubahnya daripada

seorang yang bersifat panas baran kepada seorang yang lemah lembut. “

Hidayah Suburkan Jiwa Kontang ” merupakan sebuah artikel dari kolum

Gemilang Islam. Teong Aik atau nama muslimnya Muhammad Amir al-Karim Ng

Abdullah sebelum memeluk Islam merupakan seorang yang sangat panas baran

sehingga apa sahaja perkara boleh menjadikannya marah. Hatinya tidak pernah

tenteram dan sentiasa berserabut. Bukan sahaja kawan-kawannya tidak suka

berkawan dengannya, malah ahli keluarganya juga sering manjauhkan diri

daripadanya kerana sifatnya itu. Oleh yang demikian, beliau banyak

menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan hingga ke lewat malam kerana pada

fikirannya itu mungkin boleh melegakan kekusutan jiwanya. Tapi hampa, apa yang

diharapkannya meleset. Jiwanya semakin kacau. Akhirnya beliau mula mencari

pembimbing hidupnya. Pada mulanya beliau langsung tidak terfikirkan Islam

kerana pada pemikirannya Islam hanya untuk orang Melayu. Tetapi atas kehendak

Allah S.W.T. akhirnya Islam menjadi pilihannya apabila beliau mendapati hanya

agama ini yang mampu memberi ketenangan dan meleraikan kekusutan jiwanya

selama ini. Sekarang berkat keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan Allah

S.W.T. pengislaman beliau diterima mudah oleh keluarganya dan kini beliau

menjadi pengerusi Perkim Gerak yang membantu golongan berbangsa Cina untuk

memeluk Islam. Beliau sangat bersyukur kerana pekerjaan yang dilakukan

sekarang bukan sahaja membantunya mendalami Islam malah beliau juga turut

sama dapat membantu manusia lain mengenali Islam dengan lebih dekat. Kini

139

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!