23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

sedikit istimewa. Dengan ini barulah majalah ini dikatakan mempunyai daya

tarikan yang tersendiri. Antara faktor yang dapat membezakan antara satu

majalah itu dengan majalah yang lain ialah konsep yang dibawa dalam menyusun

pengisian dalaman majalah.

Majalah Milenia Muslim mempunyai beberapa konsep yang telah

ditetapkan iaitu dakwah, pendidikan dan maklumat semasa. Isi kandungan

majalah ini keseluruhannya mengandungi unsur dakwah walau dalam apa jua isu

yang dimainkan. Penekanan terhadap konsep dakwah sangat dititik beratkan

kerana Majalah Milenia Muslim mempunyai matlamat tersendiri iaitu membentuk

masyarakat Malaysia yang berjiwa pendakwah dengan pengetahuan yang luas

tentang ilmu duniawi dan ukhrawi tanpa mengira siapa pun mereka.

Selain itu konsep pendidikan yang diterapkan dalam majalah ini ialah

pendidikan dari sudut rohani, intelektual, mentaliti dan akhlak. Oleh kerana

masyarakat sekarang dilihat sangat peka dengan isu semasa, maka Majalah

Milenia Muslim menggarap segala isu yang berlegar di bumi Malaysia ini dan isuisu

hangat dunia. Ini bertepatan dengan konsep pendidikan yang dipegang oleh

majalah ini untuk membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Namun apa yang terpenting sekali dalam konsep yang dipahat oleh

majalah ini ialah konsep yang berteraskan al-Quran dan al-Hadith tanpa mengira

isu yang dipaparkan kerana Islam itu merupakan agama yang syumul, maka

segala perkara dapat dikaitkan dengan al-Quran dan al-Hadith. Ini dapat

memberangsangkan pemikiran masyarakat supaya terbuka dan terdidik mindanya

dengan landasan Islam sebenar.

Isu-isu Dakwah Dalam Majalah Milenia Muslim

Dalam kajian ini, penulis telah membahagikan isu-isu dakwah yang

dimuatkan dalam Majalah Milenia Muslim kepada beberapa bahagian supaya ia

dapat dilihat dengan lebih jelas dan mudah difahami. Isu-isu dakwah yang

dibincangkan akan memberi penumpuan khusus terhadap aspek-aspek terpenting

dalam kehidupan manusia. Yang mana aspek-aspek yang perlu diberi penekanan

dan di dalamnya sudah terangkum aspek-aspek lain secara tidak langsung.

Isu-Isu Dakwah Dari Sudut Akidah

Masyarakat Islam sedang menghadapi pelbagai kegawatan terutamanya

krisis keruntuhan aqidah tauhid dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan

umat. Inilah ujian terbesar daripada Allah S.W.T. kepada umat Islam iaitu ujian

terpisahnya kehidupan mereka daripada aqidah sebenar yang menjadi teras

kehidupan antara hamba dengan Khaliq ( Allah S.W.T.). 1

Namun begitu, di antara sebilangan besar umat Islam yang hanyut dalam

lautan jahiliyyah moden, masih ada segelintir yang berjaya memaut dahan-dahan

1 Abdul Rahman Rukaini (2001), Tauhid. Selangor : Synergymate Sdn. Bhd. hlm,v

138

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!