23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kesembilan: Cabaran budaya dan identiti ummah

Dunia Islam pada hari ini terpaksa berhadapan dengan cabaran ‟global life

sytle’ yang sebahagiannya mengancam identiti mereka. Gejala krisis identiti ini

amat ketara dalam kalangan generasi muda. Ia melibatkan persoalan budaya liar,

kepenggunaan, budaya ilmu, fesyen berpakaian yang juga mempengaruhi akhlak

dan tingkahlaku seperti berfoya-foya atau lepak, dan ini sebenarnya

melambangkan identiti mereka.

Dunia Islam pada hari ini belum cukup bersedia menyediakan model

kepada tamadun-tamadun yang lain khususnya dalam konteks zaman moden.

Umat Islam sememangnya pernah menguasai tiga perempat dunia, namun

penampilan model dan kemampuan dalam persaingan tamadun pada hari ini amat

diperlukan. 13

Tamadun Barat sebenarnya sedang resah dengan kedudukannya sendiri.

Justeru itu, pelbagai usaha dilakukan bagi mewajarkan penerusan dominasi dan

monopoli terhadap tamadun lain. Malahan dalam kalangan sarjana-sarjana Barat

sendiri mengakui bahawa dengan dominasi Tamadun Barat untuk sekian lama,

dunia berhadapan dengan keganasan, ancaman terhadap alam sekitar, ancaman

penggunaan senjata nuklear, wabak penyakit (AIDS), pemanasan global,

peningkatan konflik dan sebagainya. 14

Adalah menjadi satu cabaran kepada ummat Islam untuk menampilkan

semula kemampuan Tamadun Islam dalam menangani permasalahan dunia

dengan mengenengahkan paradigma baru sebagai tamadun yang unggul dan

berwibawa. Jika pada suatu ketika dahulu, Tamadun Islam mampu berperanan

untuk memayungi dunia ini dengan dasar kerohaniannya yang mantap, tidak

mustahil untuk tamadun ummat kini mengembalikan putaran sejarah sepertimana

disebut oleh Ibnu Khaldun dalam teori ”cyclical”nya. Jatuh bangun sesebuah

tamadun bergantung kepada nilai akhlak seperti mana di sebut oleh Malek Ben

Nabi dan Prof. Akbar S. Ahmad. Hakikat ini pernah dirakamkan oleh al-Quran:

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami gilirkan di antara

manusia (agar mereka mendapat pengajaran)”.

(Surah 3:140)

Kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada kesemua cabaran di atas

ialah negara-negara OIC masih jelas ketinggalan dalam pencapaian ekonomi,

pendidikan, R&D, sains dan teknologi berbanding dengan negara-negara bukan

OIC. Lantaran itu strategi sesuai bagi pembangunan negara-negara Islam perlu

dirancang agar faktor kemunduran, dilemma dan kemelut yang melanda umat ini

13

14

Ibid., hlm xiii.

Ibid.

67

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!