23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ta‟ala bertanggungjawab untuk membawa risalah kenabian dan disampaikan

kepada umat manusia pada zaman masing-masing. 18

Sesungguhnya gerakan kenabian dalam konteks pembangunan peradaban

ialah mengenai pengaruhnya dalam proses membangunkan sesebuah

masyarakat. Ini kerana para Nabi yang diutuskan termasuk Nabi Muhammad

s.a.w. diutuskan untuk memberi keyakinan mengenai kewujudan Tuhan,

membimbing manusia kepada jalan yang benar serta menyatukan seluruh umat

manusia.

Daripada penghuraian di atas menjelaskan bahawa Islam sebagai sebuah

agama dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah peradaban. Berdasarkan

pengaruh tersebut, Islam telah memberi sumbangannya yang tersendiri dalam

proses pembangunan peradaban. Bennabi menjelaskan bahawa sumbangan

Islam dalam pembangunan peradaban terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu

spiritual, intelektual dan psikologikal. Berikut ialah penghuraian ringkas

sumbangan Islam dalam pembangunan peradaban berdasarkan tiga aspek

tersebut.

a. Spiritual

Ia merujuk kepada ruh yang bermaksud semangat atau jiwa dalaman

manusia. Istilah ruh terdapat dalam al-Qur‟an yang selalunya membawa maksud

inspirasi ketuhanan. Bennabi menyatakan bahawa Islam memberi sumbangan

yang cukup bernilai dalam menguatkan jiwa dan ruh manusia. Ini kerana ruh Islam

dapat mempersatukan jiwa-jiwa manusia dalam proses pembentukan keluarga

dan masyarakat. Misalnya penyatuan di antara kaum Ansar dan Muhajirun dalam

membentuk masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. 19

Selain itu, ruh Islam turut mempengaruhi kemajuan sesebuah bangsa

manusia berdasarkan konsep iqra’ (bacalah) yang diketengahkan melalui sumber

utama Islam iaitu al-Qur‟an dan disampaikan melalui gerakan kenabian iaitu

berdasarkan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh manusia.

b. Intelektual

Selain spiritual, Islam turut memberi sumbangan yang cukup bernilai dalam

pembangunan peradaban iaitu dalam aspek intelektual. Ini kerana sebagai sebuah

agama Islam dapat memberi dorongan motivasi kepada manusia untuk

membangunkan keintelektualannya supaya dapat menghasilkan suatu peradaban

yang bernilai tinggi dalam sejarah. 20

18 Ibid., h. 35.

19 Malik Bennabi (2003), The Question Of Ideas in The Muslim World. Mohamed El-Tahir

El-Mesawi (terj.). Kuala Lumpur: Islamic Book trust, h. 41.

20 Ibid., h. 22-26.

99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!