23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Keuntungan lain dari dakwah melalui model ini ialah ia tidak akan musnah

meskipun sang daie, atau penulisnya sudah meninggalkan dunia yang fana ini.

Metode dakwah bit-tadwin ini telah pun dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui

sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada".

Islam tersebar luas kepada manusia atas usaha dakwah yang

dilaksanakan melalui pelbagai wasilah. Salah satu daripada wasilah dakwah yang

penting dan digunakan secara meluas ialah melalui wasilah majalah. Majalah yang

kini semakin mendapat tempat dalam lapangan masyarakat yang semakin celik

ilmu benar-benar sangat memberi pengaruh besar kepada pemikiran dan

pengetahuan masyarakat tentang ilmu-ilmu semasa dan ilmu-ilmu Islam. Tidak

dinafikan selain daripada melihat dan mendengar, pembacaan juga sangat penting

dalam menjadi salah satu cara untuk manusia mempelajari dan mengetahui

tentang sesuatu perkara.

Majalah lebih bersifat fleksibel dalam usaha menyampaikan dakwah

berbanding media cetak lain seperti surat khabar yang lebih dominan dengan

berita-berita semasa, buku-buku pula mempunyai cabaran yang tersendiri kerana

masyarakat sekarang dilihat agak kurang berminat untuk mentelaah buku-buku

demi mendapatkan sesuatu maklumat. Ini mungkin kerana sifat buku itu sendiri

agak berat dan membosankan gaya persembahannya. Ini berlainan dengan

majalah yang mana semakin canggih teknologi, maka semakin canggihlah gaya

penampilan dan persembahannya, baik dari sudut fizikal mahupun isi

kandungannya. Ia mengandungi gambar-gambar, iklan-iklan, pembahagian

ruangan-ruangan maklumat yang pelbagai dan sebagainya. Ia tidak terlalu

menjurus hanya kepada maklumat-maklumat yang berat tetapi ada unsur santai

diselitkan. Maka dengan ini, majalah telah menjadi satu daya penarik kepada

masyarakat untuk menimba pelbagai ilmu melalui majalah. Apatah lagi kini

majalah ilmiah sudah begitu banyak berada dipasaran, Cuma tinggal untuk

memilih yang mana lebih sesuai dengan konsep pembacaan individu kerana

setiap majalah mempunyai identiti yang tersendiri dalam memuatkan isu-isu

perbincangan mereka.

Perkembangan yang pesat di dalam negara ini telah banyak menimbulkan

persoalan di kalangan orang ramai khususnya pencinta-pencinta Islam.

Persoalan-persoalan tersebut antara lainnya ialah yang menyentuh soal-soal

dakwah, akidah, ibadah, akhlak, pelajaran, ekonomi, hukum-hakam, pentadbiran,

politik dan pelbagai isu lain lagi. Semakin pesat kemajuan perkembangan

teknologi dunia, semakin banyak persoalan yang timbul. Dan hanya Islam yang

mampu menjawab segala persoalan tersebut. Oleh hal yang demikian, rasanya

perlu persoalan-persoalan tersebut diketengahkan dan dipaparkan kepada orang

ramai supaya penyelesaiannya dapat difikirkan dan dikongsi bersama.

Untuk merealisasikan usaha tersebut, salah satu wasilah perlu

dilaksanakan bagi memastikan ia menjadi realiti. Maka, disini wasilah yang terpilih

136

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!