23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Komunikasi

Komunikasi antara perkara yang diambil berat oleh Imam Shafi'i kerana

menurut beliau seseorang termasuk para nabi tidak akan terlepas dan terselamat

dari akibat dari ancaman lisan dan kata-kata manusia. Oleh itu Imam Shafi'i

menyarankan manusia agar menjaga lidahnya daripada kata-kata yang lalai dan

mengaibkan orang lain. Bahkan menurut beliau lagi, seseorang yang selalu dan

banyak bercakap kadang-kadang boleh menyebabkan dia memiliki personaliti

yang rendah. kebiasaan lidah seseorang itu berkomunikasi dengan baik atau

buruk adalah disebabkan dia telah terbiasa dengan komunikasi seumpama itu.

Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya. Oleh itu, sesiapa yang mencari

kesilapan dirinya sendiri lebih baik daripada mencari kesilapan orang lain . 39

Menurut Imam Shafi'i, kadang-kadang komunikasi lisan tidak memberi apaapa

kebaikan jika ia tidak selari dengan kehendak mata orang yang

berkomunikasi. Ini kerana komunikasi lisan akan baik jika ia sesuai dengan

kehendak komunikasi bukan lisan seseorang itu. 40

Ketika berinteraksi, Imam Shafi'i mengemukakan beberapa cara dan

langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh seseorang semasa perundingan atau

perdebatan. Antaranya adalah seseorang yang mengutarakan sesuatu hujah dan

pendapatnya jangan bersikap sombong dan berbangga diri. Sebaliknya perlu dia

berbincang dengan sopan dan beradab terutama ketika berada di khalayak ramai.

Di samping itu, teguran dan nasihat kepada seseorang perlu sesuai pada tempat

dan keadaan. Jangan sesekali menegur seseorang di khalayak ramai kerana ia

boleh mengaibkannya. Lebih baik membuat teguran kerana Allah dan secara

bersendirian dengan orang yang terlibat agar dia tidak merasa malu. 41

Di samping itu, Imam Shafi'i mengemukakan idea yang berguna kepada

umat Islam tentang etika berdiskusi dan memberi teguran kepada sesiapa sahaja.

Antara lain beliau menegaskan sebagaimana berikut: 42

“Jika engkau ialah orang yang mempunyai kelebihan dan

pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang-orang terdahulu

dan orang pada masa kini, berdebatlah dengan orang yang engkau

ajak berdebat dengan jiwa yang tenang, penuh kearifan, sikap

ramah dan hargai pendapat teman serta jangan bersikap angkuh.

Ambilah apa yang engkau anggap baik dan benar, dari mereka

yang lawan cakapmu sama ada yang ramah atau yang bersikap

kasar. Di samping itu, tunjukkanlah kesungguhanmu kepada

mereka yang berada di sekelilingmu yang menunjukkan bahawa diri

mereka adalah benar dan suka menyombongkan diri. Ini kerana,

bersikap emosi dalam suasana seperti itu akan menimbulkan

perpecahan dan pemisahan diri”.

39 Ibid, h. 58.

40 Ibid, h. 123 .

41 Ibid, h. 74 dan 76.

42 Ibid, h. 65 .

48

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!