23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

secara keseluruhannya iaitu Egypt. Ia adalah laluan penghubung antara

Laut Mediterranean dan Laut Merah secara khususnya, bahkan ia menjadi

laluan penghubung utama antara Asia di Timur dengan Eropah dan

Amerika di sebelah baratnya. Ia laluan air buatan manusia utama dunia.

Berasas penyeliaan dan penguasaan dunia Islam dan umatnya

terhadap lautan, teluk-teluk dan selat-selat serta terusan utama dunia telah

meletakkan dunia Islam cukup utama dari sudut strategik dalam bidang

ekonomi dan ketenteraan dalam menentukan perimbangan kuasa di dunia

ini. Keadaan inilah yang menjelaskan tentang perselisihan dan percakaran

yang terkadang menjadi panas antara beberapa pihak yang mempunyai

kepentingan dan berkeinginan mempunyai pengaruh berkekalan di

beberapa kawasan dunia Islam. Pihak yang merupakan kuasa besar dunia

pula berkekalan bekerja dalam menentukan dunia Islam kekal dalam

bercakaran dan sentiasa membangkitkan isu yang menimbulkan

percakaran dan perselisihan untuk mereka mudah kekal menguasai umat

dan negara Islam. Keadaan ini menjadi faktor yang boleh ditafsirkan

menjadikan negara kuasa besar dunia antara faktor menimbulkan

perselisihan di antara beberapa negara Islam di Maghribi al-Arabiy,

perselisihan di Tesyad, Selatan Sudan, isu-isu umat Islam di Ethopia,

Aritheria dan Sumal. Demikian perselisihan antara Yaman Selatan dan

utara satu masa dan kini perselisihan di seluruh Yaman antara

pimpinannya Ali Abdullah Salleh dan rakyatnya. Demikian tafsiran sebenar

dari pergolakan yang berlaku dalam perselisihan Iraq dan Iran dan kesan

lanjut hingga mengakhiri regim Saddam Hussien. Demikian dalam

pergolakan di Lubnan dan sokongan barat khusus Inggeris dalam

membangunkan negara Israel di sebahagian bumi Palestin, perselisihan di

antara Malaysia dan Indonesia pada satu dekad lalu kesan penyertaan

sebahagian dari Borneo ke dalam Malaysia. Demikian juga apa yang

berlaku dalam isu pemisahan Bangladesh dari Pakistan dan dalam isu

peperangan yang agak lama di Afghanistan. Sesungguhnya apa yang

harus difahami oleh dunia Islam dari segala isu-isu berbangkit dari segala

perselisihan itu ialah kedua-dua kuasa tentera terbesar di dunia semasa

iaitu kuasa komunis di Soviet dan kuasa tentera barat cuba berusaha untuk

mencegah atau menghalang kesatuan dan kerjasama serta persefahaman

di antara beberapa bahagian dunia Islam. Walau betapa besar harga dan

nilai sekalipun. Apa yang terpenting atau mungkin suatu yang dipersetujui

bersama oleh kuasa besar kedua-dua ketenteraan dunia itu adalah melihat

kekalnya dunia Islam atau antara dunia Islam terus kekal dalam

pertentangan dalam memastikan secara bersama kepentingan masyarakat

Islam dan keutamaan dunia Islam terus kekal hancur tanpa dinikmati

sendiri umat atau untuk kemashalatan dunia Barat dan dunia timur dari

kalangan tokoh politik dan penguasa ekonomi dunia.

Disamping hamper seluruh dunia Islam dilingkungi laut yang utama

terdapat pada bumi negara-negara Islam diseluruh dunia sungai-sungai

yang membantu mempertingkatkan kemajuan sektor pertanian. Antara

sungai utama seperti Sungai Nil, Sungai Singhal, Sungai Neiger, Sungai

161

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!