23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Berdasarkan perkembangan ini negara-negara Islam dan masyarakatnya

mempunyai potensi tinggi untuk maju dan membangun dalam semua sektor

kegiatan ekonomi termasuk, pertanian, penternakan, perlombongan, perkilangan

dan perdagangan. Negara-negara Islam yang mengeluarkan bahan tertentu di

negaranya sendiri agak kurang boleh memanfaatkan pengeluaran dari negara

Islam lain dengan hubungan perdagangan yang baik boleh memaju seluruh

negara Islam dalam pelbagai sektor ekonomi.

5. Tuntutan Dan Asas Perpaduan Dan Kerjasama

Islam agama yang disediakan Allah untuk seluruh umat manusia.

Berasaskan ini penganut Islam terdiri dari pelbagai bangsa dengan pelbagai

warna kulit dan perbezaan bahasa pertuturan sama ada mereka hidup dalam satu

negara atau berbeza Negara. Dari sudut asasnya umat Islam dituntut oleh agama

Islam untuk bersatu dan bekerjasama antara mereka dalam menegakkan

kebaikan, keadilan dan kebajikan sejagat berasaskan tuntutan. Firman Allah

melalui surah al-Anbiya’ ayat 92-93 menegaskan umat Islam sewajibnya menjadi

umat yang sentiasa bersatu dan bekerjasama dengan baik, adil dan penuh

berkebajikan kerana penganutan agama yang satu dengan satu asas pokoknya.

Sebarang tindakan ummat manusia berselisihan dan bercakaran sesama sendiri

adalah dalam pemerhatian Allah dimana kita akan kembali kepadaNya dan

mereka akan menerima pembalasan Allah. Dengan peringatan Allah ini

seharusnya memperteguhkan usaha kesatuan dan kerjasama di antara Negaranegara

Islam dan lainnya.

Banyak asas yang seharus difahami oleh umat Islam menuntut mereka ke

arah kesatuan dan kerjasama yang baik. Dari sudut aqidah dan keimanan umat

Islam adalah umat yang mentauhidkan Allah yang satu yang menjadi sumber

keperluan bahan yang terdapat di dunia. Di samping kesatuan umat Islam dari

sudut kenabian dan risalah yang menjadi panduan dalam penghayatan hidup. 9

Hasil dari kedudukan ini sepatutnya memberi kesan dan pengaruh kepada umat

Nabi Muhammad S.A.W. dari sudut menghayati nilai, budaya dan sistem

pengurusan hidup dan bumi di kalangan mereka, walaupun berbeza tempat

kehidupan mereka. Penghayatan seperti itulah yang dimaksudkan oleh peringatan

Allah melalui firmanNya dalam surah al-Anfal ayat 63 yang bermaksud

“…Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka

(orang yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta

benda) yang ada di bumi nescaya engkau tidak dapat juga

menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah

menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia maha

Kuasa lagi maha Bijaksana”.

Dari sudut asas sistem hidup dalam kehidupan peribadi, kemasyarakatan,

ekonomi, politik, ketenteraan, pendidikan dan lain berasas himpunan sumber yang

sama iaitu al-Quran. Kedudukan hadith adalah sebagai asas perincian pernyataan

9 Lihat maksud firman Allah Surah al-Ikhlas dan maksud firman Allah surah al-Baqarah

ayat 285.

169

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!