23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sesungguhnya Islam membangunkan peradabannya berasaskan kebenaran dan

kebaikan. 15 Dalam konteks ini ianya berkait rapat dengan sumber Islam iaitu al-

Qur‟an dan al-Hadith. Bennabi menegaskan bahawa al-Qur‟an merupakan sumber

utama Islam, mempunyai keistimewaan yang unik kerana diturunkan hampir 1500

tahun lalu tanpa melalui sebarang bentuk perubahan dan tidak menerima

sebarang jenis kepalsuan. Selain al-Qur‟an, sumber kedua Islam iaitu al-Hadith

yang merujuk kepada kata-kata (perkataan), tingkah laku (perbuatan) dan

pengakuan (taqrir) Nabi Muhammad s.a.w. Al-Hadith merupakan sumber kedua

terpenting dalam kehidupan umat manusia khususnya dalam konteks

perundangan dan sumber ilmu Islam. 16

Dalam konteks pembangunan peradaban, Bennabi menyatakan bahawa

al-Qur‟an dan al-Hadith merupakan sumber petunjuk yang memberi pengaruh

cukup besar kepada umat manusia. Ini kerana al-Qur‟an dan al-Hadith mendidik

manusia supaya melakukan amal kebaikan dan meninggalkan amal kejahatan

dalam menjalani kehidupan seharian. Misalnya didikan al-Qur‟an tersebut adalah

sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta‟ala dalam Surah Ali-‘Imran (3): 110

yang bermaksud:

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,

menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang

mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman,

tentulah lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang

beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.” 17

Selain itu, al-Qur‟an turut memimpin manusia iaitu dengan

mengetengahkan sejarah umat manusia terdahulu untuk dijadikan iktibar dan

peringatan yang berguna kepada mereka khususnya umat manusia akhir zaman

ini. Ini kerana dengan mengetahui sejarah bangsa terdahulu, seseorang itu dapat

memperbaiki dirinya dan melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin merangkumi

peranannya sebagai khalifah Allah Ta‟ala dalam mengurus dan mentadbir alam

ini.

b. Gerakan Kenabian

Selain sumber al-Qur‟an dan al-Hadith, Islam turut mempengaruhi

pembangunan peradaban dari konteks gerakan kenabian yang merujuk kepada

proses dakwah golongan para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah Ta‟ala

kepada umat manusia. Kenabian yang dimaksudkan oleh Bennabi ialah

kedatangan para nabi dan Rasul yang bermula daripada Nabi Adam a.s. sehingga

nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Para Rasul yang diutuskan oleh Allah

15 Malik Bennabi (2006), Les Problème Des Idées Dans Le Monde Musulman. Bayrut: Dar

Albouraq, h. 41.

16 Malik Bennabi (1986), al-Zahirah al-Qur’aniyyah, c. 4. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 104, 140.

17 Untuk maklumat lanjut sila rujuk; Malik Bennabi (2006), Les Problème Des Idées Dans

Le Monde Musulman, h. 41.

98

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!