23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nabi yang dijelaskan dalam al-Qur‟an menyatakan bahawa baginda

bertangggungjawab menyampaikan mesej. Baginda juga pernah bersedih apabila

tidak dapat memimpin masyarakat ke jalan yang baginda mahukan. Allah Ta‟ala

menjelaskan kepada baginda yang bermaksud “Misi kamu hanyalah untuk

menyampaikan mesej. Engkau tidak perlu takut. Sampaikan berita kepada

masyarakat dan tunjukkan jalan kepada mereka. Dan kamu tidak dipertanggungjawabkan

ke atas perkembangan mereka”. Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang

terdapat dalam al-Qur„an tidak dianggap sebagai faktor utama dalam perubahan

sejarah, tetapi diperkenalkan sebagai pesuruh Allah Ta‟ala yang harus

menyampaikan fahaman dan kebenaran kepada manusia. Misinya berakhir di situ.

Segalanya bergantung kepada manusia sama ada untuk memilih fahaman

tersebut ataupun tidak. Personaliti dalam Islam tidak dianggap sebagai kuasa

kreatif. Nabi-nabi juga tidak dianggap personaliti yang membawa adat kebiasaan

yang baru ke dalam masyarakat. Dari perspektif sosiologi, kelebihan nabi-nabi

daripada guru-guru yang lain ialah mereka lebih mengetahui dan memahami

tentang ketuhanan. Sejarah telah membuktikan nabi-nabi lebih berjaya daripada

pendukung reformasi yang bukan membawa misi nabi. Pendukung reformasi

menyampaikan slogan mereka dengan baik di dalam buku-buku mereka tetapi

mereka tidak mengubah masyarakat. Namun, nabi-nabi adalah orang yang

membina masyarakat dan sejarah, tetapi ini bukan kerana mereka membawa

tradisi atau adat baru tentang ketuhanan sebaliknya mereka telah menyampaikan

tradisi atau adat daripada Tuhan melalui kekuatan kenabian. Mereka mencapai

matlamat dan misi dengan mematuhi tradisi atau adat ini melalui kekuatan

kehendak mereka.

Umumnya, manusia yang mempunyai fahaman agama menyatakan faktor

yang utama dan efektif yang merubah masyarakat ialah fahaman agama atau

dalam hal ini disebut sebagai tradisi. Walau bagaimanapun menurut Shari„ati,

dalam pelbagai bahagian al-Qur‟an, manusia (an-Nas) telah disebutkan. Nabi

Muhammad s.a.w. dihantar membawa misi kepada manusia. Baginda bercakap

kepada manusia. Baginda mempromosikan Islam kepada manusia. Manusia yang

bertanggungjawab terhadap masyarakat dan sejarah. Perkataan manusia adalah

penting dan ianya hampir dengan maksud massa. Dalam sosiologi, massa

bermaksud masyarakat manusia tanpa mengira perbezaan kelas atau kumpulankumpulan

tertentu. Perkataan insan dan bashar juga merujuk kepada manusia

cuma insan membawa maksud manusia yang bermoral manakala bashar

termasuk manusia yang memiliki sifat kehaiwanan. Jelas bahawa Islam adalah

fahaman pertama yang bersifat sosial yang mengambil kira manusia sebagai asas

dan faktor utama dalam masyarakat dan sejarah sebagaimana yang dijelaskan

dalam ayat al-Qur‟an iaitu dalam Surah al-Baqarah (2) ayat 134 Allah Ta‟ala

berfirman yang bermaksud, “Itulah umat yang telah lalu, mereka memprolehi apa

yang mereka usahakan, dan kamu memperoleh apa yang kamu usahakan, dan

kamu tidak bertanggungjawab terhadap apa yang mereka perbuat”.

Seperti yang telah diketahui terdapat tiga faktor iaitu personaliti, tradisi/

adat kebiasaan dan golongan massa yang menentukan nasib sesebuah

masyarakat, namun dalam perspektif Islam, faktor yang paling efektif ialah

golongan massa dan tradisi kerana massa mewakili jenis manusia dan tradisi

103

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!