23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

pemimpin umat Islam agar segala perancangan dan kegiatan yang dilakukan oleh

pemimpin mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. 53

Beliau pernah menyatakan bahawa seseorang yang gila kuasa atau sangat

berkeinginan untuk menjadi ketua, kemungkinan besar cita-cita tersebut tidak

tercapai disebabkan keegoan yang ada padanya. Oleh itu, Imam Shafi'i pernah

membuat suatu analogi bahawa kadang-kadang cara manusia menguruskan

kehidupan mereka seperti politik dan pemerintahan adalah lebih teruk jika mahu

dibandingkan dengan binatang. 54

Terdapat lima instrumen kepimpinan yang telah diutarakan oleh Imam

Shafi'i agar seorang pemimpin tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi iaitu

benar dalam berkomunikasi dengan rakyat, menyimpan rahsia, melaksanakan

tanggungjawab sebagai pemimpin, sentiasa memberi nasihat kepada rakyat dan

menunaikan amanah dengan jujur dan ikhlas. 55 Antara fungsi seorang pemimpin

yang kreatif menurut Imam al-Shafi'i (1400H) adalah seorang pemimpin mesti

pandai mewujudkan suasana menang-menang iaitu semua pihak berpuas hati.

Walaupun agak sukar untuk dicapai, namun dengan adanya sifat keadilan dalam

diri seorang pemimpin dalam memutuskan sesuatu keputusan dan tindakan, maka

apa yang mahu dicapai akan terlaksana.

Walau bagaimanapun, menurut Imam Shafi'i sesiapa sahaja termasuk

pemimpin kebiasaannya tidak mampu untuk memenuhi semua kehendak

manusia. Namun apa yang perlu dilakukan adalah meningkatkan dan

memperbaiki hubungan yang baik antara dirinya dengan Allah s.w.t. Dengan ini,

seseorang atau pemimpin itu tidak perlu bimbang apa yang diperkatakan dan

dipersoalkan oleh manusia. 56

Dalam situasi apabila seseorang berinteraksi dengan pemimpin, antara

nasihat yang diutarakan oleh Imam Shafi’i adalah mengikis sikap sebagai seorang

pengampu kepada pemimpin dan sentiasa mendampingi pemimpin kerana

dibimbangi pemimpin itu tidak membawa seseorang itu ke arah apa yang diredhai

oleh Allah s.w.t. Kenyataan beliau ini boleh dilihat melalui puisinya yang dianggap

kreatif sebagaimana berikut ('Abd al-Rahman, 2005. Diwan al-Shafi'i): 57

“Di mana-manapun seorang raja berada, janganlah bernaung di

pintunya. Apa yang engkau inginkan daripada seorang raja Bila

raja murka, dia akan mengejarmu dan bila hatinya lega dia akan

terasa bosan terhadapmu. Berlindunglah hanya kepada Allah s.w.t

dan jauhilah pintu para raja. Sesungguhnya berdiri di pintu seorang

raja merupakan suatu penghinaan”

53 Wan Zulkifli Wan Hassan (2009), Pandangan dan Pengalaman Imam Shafi'i Dalam

Kepimpinan, dalam Khalim Zainal, Abdul Salam Yusuf dan Zaharah Hassan, Kepimpinan:

Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan, Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM, Selangor, h.

43-61.

54 'Abd al-Rahman al-Mistawi (2005), Diwan al-Shafi'i, op. cit., h..139 dan 144.

55 Ibid, h. 132.

56 Ibid, h. 135.

57 Ibid, h. 94.

52

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!