23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Konflik Dan Cara Menangani

Imam Shafi'i telah mengemukakan beberapa idea dan panduan dalam

permasalahan yang berkaitan konflik dan cara untuk mengatasinya. Terdapat

rujukan dan sumber terbaik bagi melihat cara dan idea Imam al-Shafi’i

memperincikan perkara konflik atau perselisihan adalah melalui kitabnya al-

Risalah. Secara umumnya, beliau (1309H) mengklasifikasikan konflik kepada dua

bahagian iaitu konflik yang ditegah dan konflik yang tidak ditegah (harus).

Klasifikasi ini dapat difahami melalui pandangan beliau (1309H). 47

"Sesungguhnya aku dapati ulama-ulama dulu dan sekarang

berlainan pendapat (konflik) pada sesetengah urusan mereka.

Maka adakah boleh (harus) yang demikian itu Berkata (Imam

Shafi’i) kepadanya: Konflik tersebut ada dua bentuk, pertamanya

konflik yang ditegah (al-ikhtilaf al-muharram), aku tidak mengatakan

demikian (haram) pada bentuk yang satu lagi (konflik yang kedua).

Konflik yang haram ialah konflik dalam perkara-perkara yang Allah

SWT telah mengemukakan hujah-hujah dalam al-Quran, hujah

melalui lidah nabinya dengan keterangan yang jelas. Tidak boleh

untuk orang-orang yang mengetahuinya berkonflik pada perkara

tersebut".

Adapaun konflik yang harus iaitu pada nas-nas dalam al-Quran dan hadis

yang terbuka untuk ditafsirkan dan boleh difahami secara analogi. Pada ketika itu,

orang yang mahu membuat penafsiran dan analogi berpegang kepada pengertian

yang ada dalam lingkungan makna nas atau analogi walaupun berbeza dengan

pandangan pihak lain. Idea Imam Shafi'i (1309H) boleh dilihat secara jelas dalam

kitabnya al-Risalah yang bermaksud: 48

“Dan apa-apa daripada itu yang boleh ditafsirkan dan difahami

melalui analogi, lalu orang yang mentafsirkan atau menganalogi

berpegang kepada makna yang dalam lingkungan pengertian

khabar (nas tersebut) atau secara analogi; sekiranya orang lain

berbeza pandangan dengannya mengenainya:- Aku tidak katakan

bahawa disempitkan ke atasnya kesempitan khilaf pada perkara

yang telah dinaskan”.

Dalam pada itu, Imam Shafi'i mencadangkan beberapa langkah yang perlu

diambil dan ditangani oleh seseorang apabila berhadapan dengan pelbagai

kerenah dan konflik sesama manusia sama ada konflik idea, kepentingan atau

seumpamanya. Antaranya adalah menunjukkan sikap sabar di atas kesilapan

yang dilakukan oleh sahabatnya yang dicintai. Cuba memaafkannya kerana

dengan berbuat demikian akan memadamkan perasaan dendam kesumat dan

permusuhan terhadapnya. Langkah yang diketengahkan oleh Imam Shafi'i dapat

dilihat dengan jelas dalam syairnya yang bermaksud: 49

47 al-Shafi'i, Muhammad b. Idris (1309H), al-Risalah, Saudi Arabia: al-Maktabah al-

Shamilah, j. 1 h. 560.

48 Ibid.

49 'Abd al-Rahman al-Mistawi (2005), Diwan al-Shafi'i, op. cit., h. 36.

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!