23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kurangnya penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu khususnya yang berkaitan

dengan sains dan teknologi. Bagi sesetengah sarjana, cabaran dasar umat Islam

ini berpunca daripada masalah pemahaman asal usul ilmu pengetahuan

(epistemologi) dari aspek pendidikan yang membentuk asas kognitif, cabaran

sejarah dan cabaran ekonomi sebagai cabaran penting yang perlu diberi perhatian

sekiranya Dunia Islam mahu menerapkan dan membudayakan sains dan teknologi

di dalam masyarakat dan budaya Islam masa kini. 5

Ketiga: Cabaran Epistemologi Ilmu

Cabaran dari segi epistemologi dilihat apabila asas ilmu dalam sains

kelihatannya bertentangan dengan Islam yang menuntut cadangan "pengIslaman"

ilmu sains oleh beberapa pemikir Islam kontemporari seperti Seyyed Hossein

Nasr, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Adi Setia. Sains dikatakan lahir dari

budaya barat yang sekular sedangkan sains Islam berasaskan tauhid. Sebenarnya

kritikan terhadap cabaran epistemologi ini bukan sahaja datang dari pemikir Islam

tetapi juga oleh pemikir Barat seperti Richard Rorty dan mereka dari fahaman

pasca-modenis. Cuma bezanya kritikan pemikir Barat berasaskan fahaman

humanisme dan falsafah Barat, sedangkan pemikir Islam berasaskan al-Quran

dan falsafah Islam. Namun begitu, persamaan antara mereka ialah keduanya

memberi respon terhadap modeniti di mana sains dianggap sebagai mendirikan

asas pemikiran moden.

Menurut Nasr, proses penyerapan sains moden ke dalam negara Islam

harus melalui proses penapisan yang teliti dan berhati-hati kerana sains moden

diasimilasi berdasarkan pandangan alam, paradigma dan sistem nilai yang amat

berbeza daripada tradisi Islam. Beliau menegaskan bahawa masyarakat Islam

tidak perlu hanya berpandukan sains moden, tetapi haruslah membangunkan

sains mereka sendiri dan ia merupakan model alternatif berbanding model yang

disediakan oleh sains moden. Dalam erti kata lain, cabaran ini bagi pemikir Islam

menjelaskan di mana perselisihannya di antara epistemologi sains dan

epistemologi Islam dan apakah kedudukan sains berbanding Islam dari sudut

epistemologi Adakah pembudayaan sains dalam masyarakat dan budaya Islam

memerlukan penerimaan sains sebagai episteme, atau memadai sains itu diterima

hanya atas utility atau bentuk technoscience, di mana pertembungan epistemologi

dan kepercayaan tidak lagi menjadi masalah Sekiranya ia menjadi masalah maka

persoalan falsafah perlu ditangani. 6

Jelasnya, persoalan akar epistemologi ini sebenarnya jika tidak

diselesaikan boleh membawa kepada hilangnya keyakinan umat Islam terhadap

ilmu Islam, kerana apa yang dikatakan sebagai sains dan teknologi serta istilahislah

dalah bidang tersebut hanya dilihat dari kaca mata barat yang berkebetulan

pada masa ini menguasai kedua-dua bidang tersebut. Kesannya agama

5 Mohd Hazim Shah (2009), Cabaran Kontemporari Terhadap Hubungan Sains dan Islam,

Seminar Islam dan Sains Dalam Pembangunan Tamadun, 26-27 Mac 2009, Auditorium

Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

6 Ibid.

60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!