23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan

kejahatan dan perkara yang mungkar (1042), Dan (ingatlah) bagi

Allah jualah kesudahan segala urusan.” 15

“Peluang Pemerkasaan undang-Undang Islam Wajar Segera

Diambil”. Artikel ini membincangkan tentang kedudukan Islam di Malaysia

perlukan kepada pemerkasaan sistem Islam yang lebih jelas, apatah lagi kini

Malaysia yang berada di ambang matang apabila sudah mencecah usia 51 tahun

kemerdekaannya yang seharusnya sudah mampu berdiri sendiri dengan

keupayaan idealisme asli rakyat tempatan tanpa terlalu bergantung kepada orang

luar. Artikel ini juga ada menyentuh sedikit tentang keistimewaan agama Islam

dalam Perlembagaan Malaysia serta Yang Dipertuan Agong merupakan ketua

agama bagi negara kita. Penulis artikel ini berharap agar cadangan-cadangan

yang ingin memperkasakan kedudukan Islam dan sistem undang-undang syariah

wajar diperhati dan diambil berat. Mudah-mudahan umat Islam di Malaysia sempat

merasai sistem lengkap Islam secara syumul sebelum peluang ini tertutup buat

selama-lamanya.

Artikel lain yang membahaskan soal undang-undang dari sudut

Islam ialah „Katakan Tidak Kepada Rasuah‟. Rasuah adalah musuh utama

negara. Masalah rasuah telah menjadi barah yang semakin serius dan virus yang

amat bahaya kepada pembangunan sesebuah negara. Gejala rasuah kini dilihat

semakin berleluasa dan sudah menjadi amalan yang dianggap biasa sahaja bagi

sesetengah pihak. Wabak sosial ini secara perlahan boleh meruntuhkan sesebuah

negara sekiranya tidak dibanteras segera dengan penuh bijaksana. Syed Hussein

al-Attas dalam magnum opus berkenaan rasuah di negara kita melalui buku

Rasuah, Sifat, Sebab Dan Fungsi Sociology Of Corruption meletakkan ringkasan

ciri-ciri rasuah sebagai suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan serta

penipuan terhadap pemerintah, lembaga swasta atau masyarakat umumnya. Ini

gambaran serta bukti betapa berat dan berbahayanya gejala rasuah ini. 16

Penulisan ini memberikan beberapa pandangan tokoh-tokoh yang ada menulis

karya tentang rasuah. Antaranya ialah pandangan Robert C. Brooks, Samuel P.

Huntington dan Syed Hussein al-Attas. Ia merupakan satu artikel yang padat

dengan fakta yang tepat tentang keburukan rasuah terhadap ekonomi negara dan

sahsiah manusia yang sangat perlu untuk dibanteras dengan segera. Untuk itu

undang-undang adalah senjata utama kepada Badan Pencegah Rasuah dalam

melaksanakan keadilan, membanteras rasuah, salah laku dan amalan buruk

penjawat awam khususnya dan masyarakat umumnya.

Selain itu, paling penting artikel ini membincangkan soal ini daripada sudut

pandangan Islam serta dikeluarkan dalil-dalil naqli tentangnya. Tiada satu pun

masyarakat, negara atau agama yang mengiktiraf dan menerima rasuah sebagai

satu amalan dan cara hidup. Islam sendiri dengan tegas melarang amalan keji ini

15 Al-Quran, Surah al-Hajj (22) :41.

16 Majalah Milenia Muslim, Februari 2007, Thn 5, Bil 54. Dalam artikel Katakan Tidak

Kepada Rasuah.Kula Lumpur: Penerbit MMP Communications Sdn Bhd. hlm, 42.

147

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!