23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bil Perbandingan Melayu Cina India Lain-lain

1. Kefahaman Agama 4.5 3.7 4.1 3.5

2. Penghayatan Amalan

Agama

4.5 3.8 4.2 3.5

Jadual 5 Perbandingan Kefahaman dan Amalan Agama dalam Kalangan Belia

Pelbagai Etnik.

Jadual 5 menunjukkan perbezaan antara tahap kefahaman dan amalan

agama dalam kalangan belia pelbagai etnik di Lembah Kelang. Dapatan

menunjukkan bahawa etnik Melayu mempunyai tahap kefahaman yang selari

dengan amalan mereka dan berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan

etnik lain-lain yang menunjukkan tahap kefahaman agama yang selari dengan

amalan. Namun begitu tahap kefahaman dan amalan mereka berada pada aras

yang sederhana.

Sebaliknya, terdapat sedikit perbezaan antara responden dalam kalangan

etnik India dan Cina dalam tahap kefahaman dengan amalan dalam agama. Etnik

Cina mempunyai tahap kefahaman dan amalan pada aras yang sederhana.

Namun begitu, amalan mereka sedikit tinggi berbanding kefahaman. Berbanding

dengan etnik Cina, Etnik India pula menunjukkan tahap kefahaman dan amalan

yang tinggi. Bagaimanapun, sama seperti etnik Cina, tahap amalan agama

mereka lebih tinggi sedikit berbanding kefahaman dalam agama.

Kesimpulannya, dapatan kajian memperlihatkan bahawa etnik Melayu dan

India mempunyai tahap kefahaman dan penghayatan dalam amalan agama yang

tinggi. Sebaliknya, etnik Cina dan lain-lain berada pada aras yang sederhana

dalam kedua-dua perkara di atas.

Perbincangan

Dapatan di atas memperlihatkan tahap kefahaman dan amalan agama

dalam kalangan belia di Lembah Kelang. Walau bagaimanapun dapatan ini tidak

boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan belia di Malaysia memandangkan

lokasi kajian tertumpu di kawasan bandar. Responden juga diwakili

kebanyakannya dalam kalangan pelajar yang menuntut di peringkat menengah

(62.1%) dalam lingkungan usia 15-20 tahun (76.4%). Dari segi kefahaman dan

penghayatan, dapatan menunjukkan bahawa etnik Melayu dan India mempunyai

kefahaman dan penghayatan yang jelas dan tinggi. Sebaliknya, etnik Cina dan

lain-lain berada pada aras yang sederhana.

Walaupun begitu, dapatan awal kajian ini memperlihatkan tahap

kefahaman dan amalan agama dalam kalangan awal belia yang berada di

kawasan bandar.

Kesimpulan

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!