23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

lebih mudah dituruti oleh murid ke arah mencapai kebaikan dan kebahagiaan

hidup. Pergaulan sesama rakan juga menyumbang kepada pembinaan akhlak.

Rakan yang baik akan menjadi cermin kepada dirinya untuk memperbaiki dan

mendidik akhlaknya ke arah yang lebih baik. 25

Secara keseluruhannya, pendidikan akhlak dan moral menurut Ibn

Miskawayh bertujuan untuk mewujudkan sikap yang mendorong untuk melahirkan

perbuatan yang baik. Namun, tahap kemampuan dan pencapaian manusia dalam

menerima pendidikan dan perubahan adalah pelbagai. Kebanyakan manusia

berada di peringkat pertengahan iaitu memiliki akhlak baik dan akhlak buruk

sekaligus. 26 Oleh yang demikian, setiap manusia digesa melakukan sesuatu

perbuatan baik dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam perkara-perkara

yang boleh merosakkan akhlak dan moralnya.

Unsur-Unsur Pembentukan Akhlak dan Moral Dalam Kursus TITAS

Terdapat beberapa unsur pembentukan akhlak dan moral dalam kursus

TITAS yang ditawarkan di IPTA. Unsur-unsur ini dikemukakan mengikut

kesesuaian, keperluan dan kaitannya dengan isi kandungan yang hendak

disampaikan. Unsur-unsur pembentukan akhlak dan moral dijelaskan melalui

pelbagai kaedah semasa pengajaran dan pembelajaran kursus TITAS iaitu unsur

agama dan kepercayaan, institusi kekeluargaan, jihad serta sains dan teknologi.

1. Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan adalah salah satu unsur pembentukan akhlak

dan moral pelajar yang terdapat dalam kursus TITAS. Agama merupakan

kepercayaan kepada Tuhan, sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan, penerimaan ajaran

dan perintah-Nya atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa. 27

Kepercayaan pula merupakan keyakinan atau akuan tentang kebenaran sesuatu

serta sesuatu yang dipercayai sejak turun temurun. 28

Namun, agama dan kepercayaan adalah dua perkara yang yang sangat

berkaitan. Agama lebih merujuk kepada satu sistem kepercayaan mengenai aspek

ketuhanan. Manakala kepercayaan hanya melibatkan seorang individu dan

lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Agama juga melibatkan komuniti

manusia dan fenomena seperti perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian,

perayaan dan upacara; sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada

kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama; pernyataan

seperti jambi,mantera dan kalimat suci; serta benda-benda material seperti masjid,

gereja, kuil, azimat dan tangkal.

25 Ibid. h. 134-135.

26 Mohd Nasir Omar (2005), Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors, h. 13.

27 Noresah bt. Baharom (2005), op.cit., h.14.

28 Noresah bt. Baharom (2005), op.cit., h.1181.

82

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!