23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

sedih dan keberatan mengizinkannya menyambung pengajiannya. Lantas beliau

memohon kemaafan dari ibunya jika hasrat tersebut boleh menyebabkan ibunya

bersedih sehingga sanggup membatalkan hasratnya dalam kekal belajar di

Mekkah. 14

Pendirian yang ditunjukkan oleh Imam Shafi'i menyebabkan ibunya merasa

terharu bukan kerana Imam Shafi'i ingin meyambung pengajian tetapi ia bersedih

kerana kurang mampu menanggung perbelanjaan Imam Shafi'i semasa dalam

perjalanan ke Madinah. Bahkan ibunya menyatakan bahawa antara cita-cita yang

diingini olehnya adalah ia dapat melihat Imam Shafi'i menjadi seorang yang

mencintai ilmu, cinta pada hikmah dan menjadi mansia yang bertaqwa kepada

Allah s.w.t. Lalu ibunya mengizinkan Imam Shafi'i menyambung pelajar ke

Madinah berbekal semangat yang tinggi dan mengharapkan pertolongan daripada

Allah s.w.t. 15

Kemahiran interpersonal yang dimiliki oleh Imam Shafi'i terserlah juga

apabila beliau berjaya mendapatkan surat sokongan daripada gabenor kota

Mekah ketika itu dan bekas gurunya sendiri iaitu Ibn Khalid al-Zinji sebelum beliau

berangkat ke Madinah. Dengan berbekalkan ilmu di dada dan surat sokongan

tersebut, Imam Shafi'i bertolak ke Madinah dan menyerahkan surat tersebut

kepada gabenor Madinah. Pada mulanya gabenor tersebut enggan membawa

Imam Shafi'i bertemu dengan Imam Malik kerana beliau merupakan ulama yang

disegani bukan sahaja oleh orang-orang biasa tetapi juga pemerintah ketika itu.

Namun kemahiran komunikasi yang dimiliki Imam Shafi'i, akhirnya gabenor

tersebut sanggup membawa beliau menemui Imam Malik. 16

Antara tokoh ulama Madinah yang paling rapat dengan beliau adalah Imam

Malik b. Anas r.a. Imam Shafi'i merupakan antara anak murid yang sangat dikasihi

oleh Imam Malik. Sehingga gurunya amat tertarik dengan kemahiran komunikasi

Imam Shafi'i apabila berbicara. Imam Malik pernah mengarahkan Imam Shafi'i

membaca kitab al-Muwatta' sebanyak satu halaman kepada murid-murid Imam

Malik. Setelah beliau selesai membacanya satu halaman, Imam Malik inginkan

beliau menghabiskannya ke halaman yang lain kerana terpesona dengan suara

Imam Shafi'i dan cara bacaannya yang mantap di samping nada yang sangat

berkesan. 17

Beliau juga menjalinkan hubungan yang baik dengan beberapa ulama lain

antaranya Ibrahim b. Sa'ad al-Ansari, 'Abd al-'Aziz b. al-Darudi, Muhammad b. Abu

Sa'id b. Abu Fadik dan lain-lain lagi. Dengan ini, beliau dapat menguasai fiqh

14 H. Luqman Hakim (2002), Riwayat Hidup Imam Syafii: Seorang Pelajar Teladan, Johor

Bahru: Perniagaan Jahabersa, h. 3-5.

15 Ibid.

16 al-Baghdadi (1417H/1997M), op. cit., j. 2, h. 60; Ibn Kathir (1411M/1990H), op. cit, j. 10,

h. 251; Yaqut al-Hamawi (1399H/1979M), op. cit., j. 17. h. 284; al-Razi (t.t), op. cit., h. 9-

10.

17 Muhammad Abu Zahrah (1987M), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 439.

42

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!