23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan

to this field was Imam Shafi'i. Even though Imam Shafi'i is well

known in the Muslim world as a notable legal scholar, this article

attempts to expose his valuable thoughts and contributions to this

field which acclaimed him as one of the reformist in the field of

human development.

Keywords: Human Development, Interpersonal skill, Imam Shafi'i

Antara tokoh yang mempunyai nilai-nilai kemahiran interpersonal yang boleh

diketengahkan kepada masyarakat dalam usaha ke arah pembangunan tamadun

yang cemerlang adalah Imam Shafi'i r.a. Di Malaysia, Imam Shafi'i bukanlah suatu

nama yang asing bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana pengamalan mazhab

di Malaysia adalah berpandukan mazhab Shafi'i. Meskipun beliau dikenali umum

sebagai seorang tokoh akademik dalam bidang fiqh dan perundangan Islam,

namun sebahagian besar di kalangan masyarakat Islam di Malaysia kurang

didedahkan dengan pandangan dan ketokohan beliau dalam kemahiran

interpersonal yang mampu membangunkan modal insan yang baik.

Sedangkan apabila dikaji, beliau antara tokoh yang terbaik yang boleh

diketengahkan kepada masyarakat dalam pembangunan manusia melalui

kemahiran interpersonal yang selari dengan pengetahuannya yang mendalam

tentang ajaran Islam. Ini kerana, beliau bukan sahaja mempunyai ilmu yang

sangat mendalam mengenai syariat Islam, bahkan beliau juga mempraktikkan

ilmunya dalam amalan pergaulannya dengan masyarakat. Berbekalkan kendiri,

sikap, personaliti yang unggul dan nilai yang tinggi, beliau dapat mengetengahkan

kemahiran interpersonal yang ada padanya sekali gus dapat membina masyarakat

yang berakhlak. Kemahiran tersebut bukan sahaja melibatkan keluarga, kawankawan

dan masyarakat Islam bahkan terhadap masyarakat bukan Islam,

masyarakat antarabangsa, pegawai-pegawai kerajaan dan pemerintah ketika itu.

Justeru dalam kertas ini, penulis akan memaparkan sebahagian daripada

pengalaman Imam Shafi'i mengenai kemahiran interpersonal dalam berhadapan

dengan pemerintah, para ilmuwan, masyarakat awam, dan institusi kerajaan. Di

samping itu, penulis mengemukakan beberapa idea dan nasihat beliau mengenai

pembangunan manusia melalui kemahiran interpersonal.

Pengalaman Imam Shafi'i Dalam Pembangunan Manusia Melalui Kemahiran

Interpersonal

Dalam artikel yang terbatas ini, penulis akan mengutarakan beberapa

aspek sahaja yang dirasakan dapat membantu masyarakat untuk mengenali Imam

Shafi'i dari sudut latar belakang beliau yang boleh menyumbang ke arah

pembangunan manusia melalui kemahiran interpersonal semenjak beliau masih

kecil sehingga menempuh alam dewasa. Antara faktor penting yang mendorong

Imam Shafi'i mempunyai kredibiliti dalam pembangunan manusia melalui

hubungan interpersonal adalah disebabkan faktor keturunannya yang mulia. 1

1 Abu 'Abd Allah Muhammad al-Razi (t.t), Manaqib al-Imam al-Syafi'i, Kaherah: Maktabah

al-'Allamah, h. 4 dan 132; Abu Bakr Ahmad b. 'Ali al-Khatib al-Baghdadi (1417H/1997M),

Tarikh Baghdad, Mustafa 'Abd al-Qadir (ed), Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, j.2, h. 68.

38

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!