23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

(25-35). Oleh itu, untuk tujuan penyelidikan ini yang memberi fokus kepada

golongan belia maka hanya umur awal belia sehingga akhir iaitu kadar umur di

antara (15-35) tahun digunapakai.

Tahap penghayatan dan kefahaman agama dalam kalangan belia

dipengaruhi oleh faktor tempat atau persekitaran. Kajian yang dilakukan di Barat

mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tempat dan tahap

religiosity remaja. 21 Sementara itu kajian yang dilakukan oleh Krauss dan Azimi

terhadap belia Islam di Malaysia yang tinggal di bandar dan luar bandar juga

mendapati bahawa tahap keagamaan (religiosity) belia luar bandar adalah lebih

tinggi berbanding darpada belia yang tinggal di bandar. Menurut Krauss dan Azimi

perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh faktor modenisasi yang membawa

pengaruh dan budaya barat yang berlaku di kawasan bandar berbanding di luar

bandar. 22

Di Malaysia sendiri, Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak

76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu

melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Apa yang

menyedihkan belia kini jahil mengenai kewajipan terhadap agama kerana tidak

mempunyai pengetahuan dan pengamalan agama yang sempurna. Masalah ini

disebabkan ibu-bapa mereka juga tidak melaksanakan suruhan agama di rumah,

jahil al-Quran dan tidak memandang serius hal-hal berkenaan agama. Malah yang

lebih kritikal ialah ada antara mereka yang mempunyai pengetahuan agama tetapi

tidak mengamalkannya. Kesannya adalah anak-anak mereka mengambil sikap

sambil lewa terhadap agama. 23 Dari pandangan Islam, sebenarnya keruntuhan

akhlak luaran berpunca daripada akhlak dalaman yang tiada langsung hubungan

dengan Allah s.w.t. Apa yang perlu diketahui bahawa akhlak yang mulia

sebenarnya berpunca daripada kesucian rohani seseorang itu terhadap Allah

s.w.t. 24 Menurut Starawarji jika kita ingin meneliti dan mempelajari perkembangan

perasaan agama pada remaja atau belia, kita tidak dapat mengabaikan faktorfaktor

terpenting dalam pertumbuhan remaja/belia itu, antara lain ialah unsur-

21 Roger W. Stump (1986), “Regional Variations in the Determinations of Religious

Participation,” Review of Religious Research, Vol. 27, no.3, h. 208-255. Paul H. Chalfant &

Heller L. Peter (1991), “Rural/Urban Versus Regional Differences in Religiosity,” Review of

Religious Research, Vol. 33, No.1, h.76-86.

22 Krauss S. E. & Azimi, H, (2005), Muslim Women and Peace: Toward Understanding the

Role of Islamic Religiosity as a Contributor to Nation Building, Manuskrip Tidak Diterbitkan,

Institute for Community and Peace Studies (PEKKA), Universiti Putra Malaysia.

23 Zawawi Ahmad (1984), Kaedah dan Teknik Pengajaran: Pendidikan Islam, Petaling

Jaya:International Book Service.

24 Tajul Ariffin Nordin (1997), “Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Satu Pendekatan

Bersepadu.” Kertas Kerja Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Moral Dan Nilai Dalam

Pembangunan Manusia Ke Arah Pembentukan Acuan Pembangunan Negara, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!