23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

muka bumi. Ini disebabkan kewujudan agama merupakan fitrah semulajadi

manusia dan suatu undang-undang yang ditawarkan kepada setiap jiwa manusia

di alam semesta bermula daripada Nabi Adam a.s. sehingga umat manusia akhir

zaman. 10 Bennabi menegaskan bahawa agama yang terbaik adalah agama Islam

sebagaimana yang dipaparkan dalam Surah Ali ‘Imran (3) ayat 19 dan Surah al-

An’am (6) ayat 153. Bennabi turut mendokong pemikiran monotheistik yang pada

dasarnya mengakui keesaan Tuhan. Tuhan Yang Esa merupakan Tuhan Yang

Satu, tidak boleh dibahagi-bahagi dan bersifat sejagat. 11 Kepercayaan beragama

tersebut berpaksikan keyakinan tawhid dalam Islam yang berdasarkan Surah al-

Ikhlas (112) ayat 1 hingga 4 yang menjelaskan mengenai keEsaan Allah Ta‟ala.

Seterusnya menurut pandangan Shari„ati berdasarkan karya penulisannya,

beliau menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang mampu membawa

perubahan sosial disebabkan Islam dilengkapi oleh sumber yang tertinggi iaitu al-

Qur‟an serta personaliti-personaliti yang hebat yang membawa misi kenabian.

Beliau sangat percaya jika golongan intelektual dan generasi baru sedar akan

kebenaran kepercayaan ini iaitu Islam, usaha untuk perubahan soaial akan

berjaya. 12

Pengaruh dan Sumbangan Islam Dalam Pembangunan Peradaban Menurut

Bennabi dan Shari‘ati

Sebelum membicarakan mengenai pengaruh Islam dalam pembangunan

peradaban, kajian ini akan menjelaskan makna peradaban menurut Bennabi dan

Shari„ati. Menurut Bennabi, peradaban bermaksud suatu produk yang dihasilkan

oleh gabungan tiga unsur iaitu manusia, masa dan tanah. 13 Manakala pada

Shari„ati peradaban bermaksud keseluruhan himpunan material dan rohani

manusia, selain keseluruhan kekayaan material dan rohani sesuatu bangsa atau

masyarakat tertentu. 14

Pengaruh dan Sumbangan Islam dalam Pembangunan Peradaban Menurut

Bennabi

Menurut Bennabi, agama berperanan dalam membentuk karakter khas

manusia. Agama yang dimaksudkan oleh Bennabi di sini ialah agama Islam. Islam

sebagai sebuah agama berkeupayaan mempengaruhi pembangunan sesebuah

peradaban. Pada Bennabi pengaruh Islam dalam pembangunan peradaban ialah

berdasarkan huraian ringkas berikut.

a. Sumber yang memberi petunjuk kepada manusia

10 Malik Bennabi (1984), op.cit., h. 82.

11 Malik Bennabi (1986), al-Zahirah al-Qur’aniyyah. „Abd al-Sabur Shahin (terj.), c. 4.

Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 191.

12 A brief Biography of Dr. Ali Shariati, http://www.shariati.net/bio.html, h. 1-2.

13 Untuk maklumat lanjut sila rujuk; Malik Bennabi(2006), Vocation De L’Islam. Bayrut: Dar

Albouraq, h. 69-70.

14 A brief Biography of Dr. Ali Shariati, http://www.shariati.net/bio.html, h. 1-2.

97

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!