23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

aliran Madinah yang diperkenalkan oleh Imam Malik dan ulama-ulama yang

berada di Madinah. 18

Setelah kematian gurunya Imam Malik menyebabkan Imam Shafi'i

mengambil keputusan untuk kembali ke Mekah kerana beliau tidak lagi mampu

menanggung kos kehidupannya di Madinah. Ditakdirkan semasa Imam Shafi'i

pulang ke Mekah, tiba satu delegasi yang terdiri dari kalangan pembesarpembesar

Yaman melakukan lawatan ke Hijaz khususnya di Mekah. Pada ketika

itu, pembesar-pembesar dari kalangan kaum Quraysy memperkenalkan Imam al-

Syafi'i kepada delegasi tersebut. Oleh kerana Imam Shafi'i mempunyai personaliti

yang tinggi sama ada dari sudut intelektual mahupun spritual, beliau ditawarkan

sebagai pegawai Najran oleh pembesar-pembesar Yaman. Beliau menerima

tawaran tersebut dan melaksanakan tugas sebagai pegawai tersebut dengan

penuh keadilan dan bertanggungjawab. 19

Ketika berada di Yaman juga, Imam Shafi'i berkesempatan menjalin

hubungan akademik dengan beberapa orang guru. Beliau mempelajari fiqh

daripada Matarraf b. Mazin, Hisyam b. Yusuf, 'Amr b. Abu Salamah murid al-

Awza'i dan menguasai fiqh al-Layth daripada Yahya b. Hassan murid kepada

Imam al-Layth. Antara sifat toleransi dan keterbukaan Imam Shafi'i dalam

menjalinkan hubungan interpersonal, beliau bukan sahaja berguru dengan ulama

Sunni tetapi juga dengan ulama Syi'ah seperti Sulayman b. Muqatil dan lain-lain

lagi. 20

Walaupun sikap keadilan dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Imam

Shafi'i ketika menjalankan tugas, namun masih terdapat sebahagian masyarakat

Najran kurang senang senang dengan sikap sedemikian. Ini kerana mereka suka

mengampu para pegawai dan orang-orang kenamaan bertujuan untuk mengaut

kepentingan diri mereka. Justeru Imam Shafi'i dituduh oleh mereka sebagai

pemberontak dan mengetuai kumpulan yang ingin menggulingkan kerajaan

'Abbasiyyah yang ketika itu dipimpin oleh Harun al-Rasyid. Ini dikatakan antara

faktor yang menyebabkan Imam Shafii pergi ke Iraq. 21

Dalam menghadapi konflik tersebut, Imam Shafi'i dan mereka dituduh

dibawa ke pusat pemerintahan kerajaan 'Abbasiyyah ketika itu untuk dibicarakan

di hadapan Khalifah Harun al-Rasyid. Oleh kerana kebijaksanaan dan kemahiran

komunikasi yang ada pada Imam Shafi'i, beliau berjaya menangani konflik

tersebut sehingga terlepas daripada tuduhan dan dibebaskan. 22 Walau

bagaimanapun, pembebasan Imam Shafi'i tersebut perlu disusuli dengan jaminan

Muhammad b. al-Hasan al-Shaybani yang merupakan seorang ulama besar di

Baghdad ketika itu. Dialah yang memainkan peranan penting dalam memastikan

Imam Shafi'i terselamat daripada tuduhan tersebut. Ini kerana Imam Shafi'i pernah

18 Al-Razi, op. cit., h. 11; Yaqut al-Hamawi (1399H/1979M), op. cit., j. 17, h. 284; Ibn Abu

Hatim al-Razi (1953M), Adab al-Syafi'i wa Manaqibuh, Kaherah: Maktabah al-Khanji, h.

196; Muhammad Abu Zahrah (1948M), al-Imam al-Syafi'i, op. cit., h. 41-42

19 Muhammad Abu Zahrah (1987M), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 441.

20 Ibid; al-Razi (t.t), op. cit., h. 11; 'Abd al-Rahman al-Syarqawi (1441H/1991M), op. cit., h.

137.

21 al-Razi (t.t), op. cit., h. 4.

22 Ibid.

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!