23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Manusia turut berperanan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan

kemasyarakatan termasuk juga kegiatan berbentuk perekonomian. Manusia

berperanan dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tanah dan

minyak, selain dana yang berbentuk wang ringgit dengan melakukan pelbagai

aktiviti perekonomian untuk membangun dan memajukan kehidupan masingmasing.

Setiap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh manusia perlu selaras dengan

ajaran Islam. Ini kerana sebarang kegiatan berbentuk ekonomi yang berlandaskan

Islam membolehkan seseorang menyara hidup dirinya sendiri dan ahli keluarga

masing-masing, selain turut memaju dan memperkukuhkan kebudayaan Islam. 24

Dalam konteks kebudayaan, Bennabi menjelaskan bahawa ekonomi

berasaskan Islam dapat memenuhi keperluan, kehendak, tabiat dan citarasa

manusia berdasarkan pergantungan di antara sesama manusia dan pergantungan

dengan Allah Ta‟ala. 25 Ekonomi begitu ditekankan dalam kebudayaan

berdasarkan peringatan Allah Ta‟ala kepada umat manusia supaya mengambil

faedah dan manfaat daripada setiap sumber alam semulajadi yang disediakan

oleh Dia khusus untuk keperluan hamba-Nya. Peringatan-Nya secara berulangkali

itu tercatat dalam Surah al-Hajj (22) ayat 65 yang membawa maksud “Apakah

kamu tiada melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di

bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya.”

Berdasarkan peranan manusia tersebut di atas, Bennabi menjelaskan

bahawa manusia perlu melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan di

dunia ini untuk meraih kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak. Pada Bennabi

ianya bertepatan dengan perintah Allah Ta‟ala dalam Surahal-Qasas (28) ayat 77

yang bermaksud; “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah

kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan

bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)

sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat

kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang

berbuat kerosakan.” 26

Daripada peranan manusia tersebut juga telah membentuk dan

membangunkan aspek-aspek dalam kebudayaan. Aspek-aspek kebudayaan yang

dimaksudkan di sini ialah intipati yang terkandung di dalamnya yang

mempengaruhi setiap pembentukan kebudayaan. 27 Peranan manusia tersebut iaitu

1) Mengamal dan mempraktikkan ajaran agama iaitu Islam dalam kehidupan

seharian merujuk kepada aspek terpenting iaitu agama dan kepercayaan; 2)

Mencetuskan pelbagai aktiviti kesenian merujuk kepada aspek kesenian; 3)

Mengamal dan mempraktikkan moral dan undang-undang merujuk kepada aspek

moral dan undang-undang; 4) Membangun sesuatu adat sehingga menjadi

amalan dan warisan di kalangan masyarakat merujuk kepada adat resam; 5)

24 Malik Bennabi (1986), al-Muslim fi „Alam al-Iqtisad. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 23.

25 Asma Rashid (1991), “ Iqbal (1877-1938) and Malek Bennabi (1905-1973) From Ilm-ul

Iqtisad To Al-Muslim Fi „Alam-il Iqti” (Kertas Kerja International Seminar On Malek Bennabi

di Universiti Malaya, 1-4 September 1991), h. 18.

26 Malik Bennabi (1986), Ta‟ammulat. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 156.

27 Malik Bennabi (2003), op.cit., h. ix.

118

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!