23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dikalangan umat Islam yang masih hidup di dalam kemiskinan. Fakta-fakta tentang

jumlah kemiskinan masyarakat Islam dunia serta kekayaan sebenar yang negaranegara

Islam miliki juga dibentangkan dalam penulisan ini. Disini penulis

rakamkan sedikit petikan daripada artikel ini yang boleh menggambarkan apa

sebenarnya inti pati artikel ini dalam memberi kesedaran kepada anggota OIC

tentang kepentingan mereka dalam memainkan peranan membangunkan ummah.

„ OIC perlu memainkan peranan dan meningkatkan kesedaran antarabangsa di

kalangan ahli-ahlinya bahawa pembangunan ekonomi adalah penting untuk

digerakkan. Kemajuan dari segi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dilihat

mampu memberikan kesan kepada jatuh bangunnya umat Islam dipersada

antarabangsa. OIC juga seharusnya sedar bahawa sebagai tanggungjawab sosial

dan moralnya, setiap anggota perlulah bekerjasama di antara satu sama lain untuk

membantu negara-negara Islam yang kurang membangun. Ini kan membolehkan

jurang kekayaan dapat dirapatkan, serta membantu negara-negara Islam yang

kurang membangun untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang dilihat

melanda sebahagian negara-negara Islam di dunia‟. 20

Kesimpulan

Majalah Milenia Muslim merupakan sebuah majalah ilmiah yang

memainkan peranan penting dalam memberi didikan kepada masyarakat di

Malaysia supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan sekaligus bertaqwa dan

beramal dengan ilmu tersebut. Kewujudan Majalah Milenia Muslim ini amatlah

diperlukan oleh masyarakat Islam sekarang yang hidup di dalam era langit

terbuka, khususnya masyarakat Islam di Malaysia.

Majalah Milenia Muslim yang bukan sekadar sebuah majalah yang

dihasilkan untuk menyampaikan maklumat semata-mata tetapi peranannya lebih

daripada itu, iaitu dalam mendidik dan mentarbiyah masyarakat ke arah

penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam dari segenap penjuru

kehidupan serta menjadikan masyarakat Islam sebagai sebuah umat yang

mempunyai integriti sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini.

Justeru itu, Majalah Milenia Muslim ini, jika isi kandungannya dihayati dan

diamalkan, masyarakat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang aktif

mindanya serta luas pengetahuannya tentang ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

Berikutan dengan hal ini, perubahan yang besar ke arah kebaikan bukan sahaja

akan berlaku terhadap diri setiap individu dalam masyarakat malah kemajuan

dalam segala sudut akan dapat dikecapi hasil momentum perubahan yang dibawa

oleh dakwat pena dakwah dalam Majalah Milenia Muslim.

20 Majalah Milenia Muslim, Februari 2007, Thn 5, Bil 54. Dalam artikel Pembentukan

Rangkaian Dagang Strategik Islam. Kuala Lumpur: Penerbit MMP Communications Sdn

Bhd. hlm, 38.

152

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!