23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pendahuluan

Manusia merupakan makhluk yang diciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan

kelebihan mengatasi makhluk lain di muka bumi.Kelebihan manusia dinilai

berdasarkan bentuk kejadiannya yang terdiri daripada dua unsur iaitu unsur fizikal

dan spiritual. 1 Ini terbukti berdasarkan firman Allah Ta‟ala dalam Surah al-Hijr ayat

26-29 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam)

daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam

yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum

(Adam) daripada api yang sangat panas. Dan (ingatlah) ketika

Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku

akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering

(yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka

apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah

meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu

kepadanya dengan bersujud.” 2

Selain itu, kelebihan manusia ialah berdasarkan daya akal fikiran yang

dikurniakan oleh Allah Ta‟ala kepada setiap manusiadan tidak kepada makhluk

yang lain. Akal berfungsi untuk berfikir berdasarkan pengamatan terhadap dirinya

sendiri, alam semesta dan segala kewujudan yang berada di sekeliling manusia.

Namun penekanan asas dalam berfikir menggunakan akal ialah mengenai

kewujudan Allah yang dimanifestasikan melalui tanda-tanda-Nya berupa ciptaan 3

dan kitab suci 4 .

Kertas kerja ini akan mebicarakan mengenai peranan manusia dalam

pembentukan dan pembangunan kebudayaan menurut pandangan Malik Bennabi.

1 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990), The Nature Of Man And The Psychology Of

The Human Soul: A Brief Outline And A Framework For An Islamic Psychology And

Epistemology. Kuala Lumpur: International Institute Of Islamic Thought And Civilization, h.

1.

2 Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan dan keistimewaan manusia sila rujuk Surah

al-Mu‟minun (23): 12-14.

3 Di antara tanda-tanda ciptaan Allah Ta‟ala ialah penciptaan alam semesta seperti langit

dan bumi, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 3 yang bermaksud: “Dialah

yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu

yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,

adakah kamu lihat sesuatu yang cacat”.

4 Kitab suci yang dimaksudkan ialah mukjizat yang dikurniakan kepada para Rasul yang

terpilih iaitu kitab Tawrat, Zabur, Injil dan al-Qur‟an, sebagaimana firman-Nya dalam Surah

Ali-„Imran (3): 50 yang bermaksud: “Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Tawrat

yang datang sebelumku dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah

diharamkan untukmu dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat)

dari Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” Lihat;Syed

Muhammad Dawilah al-Edrus (1993), Epistemologi Islam; Teori Ilmu dalam al-Qur‟an.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1.

112

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!